SETIAP kali tibanya musim tengkujuh di Terengganu, restoran dan kedai makan yang menawarkan menu berasaskan makanan panas terutama sup pasti menjadi tumpuan ramai untuk menjamu selera.
Menyedari kecenderungan orang ramai untuk menikmati makanan berkuah yang seimbang rasa masam, manis, pedas dan berkhasiat mendorong Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu memperkenalkan satu menu baharu kepada semua pengunjungnya iaitu Mi Monsun.
Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata, Mi Monsun bukan satu menu asing untuk pengunjung yang datang ke hotel bertaraf empat bintang itu kerana sejak diperkenalkan akhir tahun lalu, ia semakin mendapat permintaan menggalakkan.
Malah, katanya, Mi Monsun itu kini menjadi pilihan pengunjung walaupun di luar musim tengkujuh.
Menurutnya, resipi itu adalah hasil idea istimewa chef di hotel tersebut iaitu Chef Zizo yang menggunakan udang segar sebagai bahan utama dalam penyediaannya.
“Semua bahan yang digunakan sangat bagus untuk badan terutama pada musim tengkujuh kerana kebiasaannya, cuaca tidak menentu dengan hujan berterusan menyebabkan ramai demam.
“Penggunaan bawang putih dan beberapa herba tradisional terpilih akan memberi aroma menyegarkan serta dapat memulihkan semula tubuh badan yang lesu.
“Ramai pelanggan yang pernah menikmatinya datang semula ke hotel ini semata-mata kerana rindukan rasanya yang unik kerana menu hidangan itu tidak boleh diperoleh di tempat lain.
“Gabungan herba, pes udang dan sayur-sayuran segar itu seolah-olah menghasilkan rasa yang hampir sama seperti tomyam, mi bandung atau mi rebus, namun hanya mereka yang pernah merasakannya sahaja tahu keunikannya yang asli,” katanya ketika ditemui di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Mi Monsun dijual pada harga RM23 dan pelanggan boleh memilih sama ada mahu dihidang dengan rasa yang lebih pedas, masam atau menambah lada hitam untuk memberi kesan terhadap kelancaran aliran darah di dalam badan.
Suaibah berkata, berdasarkan sambutan yang menggalakkan itu, pengurusan hotel bersetuju untuk terus mengekalkan hidangan istimewa tersebut sepanjang masa dan tidak hanya terhad dijual pada musim tengkujuh.
Selain Mi Monsun, pelbagai hidangan lain turut disediakan bagi memenuhi citar asa mereka yang datang dari seluruh dunia termasuk makanan Barat seperti spageti, makaroni, chicken chop, fish n chips serta aneka pasta.
Bagi pengunjung yang menggemari menu tradisional pula, restoran ini turut menyediakan nasi goreng, lempeng kelapa, mi goreng mamak, mi kari, kuetiau dan kuih-muih tradisional yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu di negara ini.
Suasana tenang dengan dekorasi menarik di Bayu Restoran Primula Beach Hotel turut memberi nilai tambah kepada pelanggan yang mahu menikmati hidangan dengan lebih privasi bersama keluarga dan sahabat handai. – MINGGUAN MALAYSIA
Mi Monsun tetap laku, walau bukan musim tengkujuh
- Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
- 19 Mac 2023, 1:03 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Tujuh mangsa kemalangan tayar lori tercabut masih dirawat
25 Disember 2024, 12:00 pm
Kelantan jadikan makanan berasaskan ubi sebagai produk pelancongan di musim tengkujuh
25 Disember 2024, 11:51 am
Al Jazeera kecam kempen hasutan Fatah di Tebing Barat
25 Disember 2024, 11:37 am