BANYAK restoran di ibu negara yang menghidangkan masakan Itali. Akan tetapi pernahkah anda tahu yang mana betul-betul asli? Paling menjengkelkan ada restoran mengaku kononnya merekalah pakar dalam masakan dari negara yang terkenal dengan piza dan spaghetti ini.
Bagaimanapun tidak di Nero-Nero. Anda perlu datang sendiri ke restoran ini dan nikmati keenakan menu Itali. Paling wajib dicuba sudah semestinya Risotto Seafood with Jumbo Prawn.
Menu ini mempertaruhkan nasi khas dari negara tersebut bersama udang segar bersaiz besar dan terdapat beberapa campuran bahan lain.
Antara bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ini antaranya prawns bisque sauce, tomato sos, minyak basil, udang dan sotong yang dimasak bersama.Apa yang menarik, udang dan makanan laut yang telah dimasak menjadi sebati bersama risotto ini, sekaligus menjadikan ia begitu enak walau dimakan begitu saja tanpa menu lain.
Paling penting menu ini tidaklah pedas dan sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi tidak hairanlah ia antara menu utama yang menjadi pilihan pengunjung di Nero-Nero.
Selain itu, pengunjung yang datang juga perlu mencuba Fettucine Funghi e Tartufo. Hidangan ini menggunakan pasta fettucine yang diproses sendiri dan diadunkan bersama sup cendawan serta ditambah dengan truffle.
Rasa hidangan ini sememangnya lemak berkrim dan pengunjung turut mempunyai pilihan lain sekiranya mahukan fettucine bebas gluten.
Selain itu, bagi mereka yang mahu mencuba hidangan ikan gaya Itali, Nero-Nero mempertaruhkan ikan merah panggang dan diperap dengan menggunakan beberapa rempah asli.
Hidangan ini akan dimakan bersama kentang yang turut dipanggang selain menjadikan minyak gremolata sebagai bahan pencicah.
Selain itu, di sini juga terdapat beberapa jenis piza untuk mereka yang mahu mencuba kelainan menu yang tidak asing bagi rakyat di negara ini.
Ada baiknya pengunjung mencuba sejauh mana kehebatan resipi piza yang disediakan khas cef dari Itali di sini apatah lagi menu-menu piza ditunjukkan memang menggiurkan.
Antara menu yang boleh dicuba adalah Diavola, iaitu piza yang menggunakan bahan-bahan seperti pepperoni daging, keju mozarella dan tomato sos.
Apa yang menarik, kerak pizanya lembut selain pepperoni dagingnya yang agak banyak.
Selain Diavola, terdapat beberapa jenis piza lain seperti Tonno e Cipolla; Calzone dan Piccante untuk dicuba pengunjung.
Dalam pada itu, Eksekutif Cef, Marco Petriacci berkata, terdapat banyak lagi menu lain di Nero-Nero yang boleh dicuba bagi mereka yang mahukan rasa masakan asli dari Itali.
“Kami juga menggunakan bahan-bahan segar seperti ikan dan udang bagi kepuasan pelanggan selain memastikan setiap menu mengekalkan rasa asli,” ujarnya.
Restoran ini terletak di L3 – 02, Jalan Damanlela Damansara City Mall, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari dari pukul 12.30 tengah hari sehingga pukul 10.30 malam. – MINGGUAN MALAYSIA
Rasa asli Itali di Nero-Nero
- Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
- 5 Februari 2023, 1:03 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Ikut Machiavelli, ‘harimau dari perut’ atau taktikal
15 Disember 2024, 10:10 am
Jangan pinggirkan pendidikan inklusif
8 Disember 2024, 10:03 am
Melindungi pemberi maklumat rasuah
1 Disember 2024, 9:03 am