Menikmati hidangan konsep ala Paris di Patisserie BoutiQue - Utusan Malaysia

Menikmati hidangan konsep ala Paris di Patisserie BoutiQue

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH kini sudah menjadi salah satu syurga makanan dengan kemunculan pelbagai kafe ala hipster sejak beberapa tahun lalu.
Kewujudan kafe tersebut bukan sekadar mempertaruhkan hidangan terbaik, sebaliknya turut menampilkan dekorasi cantik sebagai satu tarikan.
Antaranya kafe Patisserie BoutiQue yang menampilkan kelainan tersendiri sebagai salah satu tarikan. Malah saya sendiri yang masuk ke kafe ini terasa seakan-akan berada di Paris apabila pertama kali menjejakkan kaki ke sini.
Selain dekorasi cantik, kafe ini turut menyediakan hidangan ala Barat dan pastri untuk pengunjung yang sekadar mahu bersantai dengan menikmati makanan riangan.
Antara menu wajib dicuba di sini sudah semes­tinya spaghetti seafood aglio olio yang mena­warkan cita rasa antarabangsa pada harga berpatutan.
Cuba anda bayangkan kombinasi salmon, tiram dan udang serta pelbagai lagi dalam satu hidangan sudah pasti membuatkan penggemar makanan laut tewas dengan godaan seumpama ini.
Apatah lagi kepingan ikan salmon yang dipanggang sempurna dan diletakkan pada pasta sudah cukup memberikan rasa terbaik lebih-lebih lagi dengan kombinasi udang segar.
Paling penting dengan harga RM37, menu ini sudah cukup memberikan rasa terbaik kepada mereka yang tergila-gilakan makanan Itali.
Menu spaghetti wagyu beef bolognese berharga RM37 juga perlu dicuba di kafe ini biarpun ia bukanlah sebagaimana hidangan tipikal daging wagyu yang lain.
Terus terang saya katakan menu ini sama seperti di kafe lain dan hanya menampilkan daging wagyu sebagai perbezaan. Tiada yang terlalu istimewa.
Namun adalah lebih baik anda mencuba terlebih dahulu untuk memastikan sama ada ia menepati selera atau sebaliknya.
Di samping itu, bagi mereka yang tidak mahukan hidangan berat, cheese melt sourdough wajib dicuba.
Hidangan berharga RM22 ini wajib digabungkan bersama kopi atau teh kombucha sebagai pelengkap yang turut memberi manfaat kepada kesihatan terutama berkaitan sistem pencernaan.
Cuma bagi mereka yang memesan menu ini, sedikit rasa manis akan terasa pada roti dan daging kerana ia turut dicampurkan bersama jem. Bagaimanapun percayalah anda mungkin menambah pesan hidangan ini disebabkan kelainan dan kelembutan yang ada pada daging tersebut.
Sementara itu, untuk mereka yang gemarkan kek, kafe ini turut menyediakan beberapa jenis yang perlu dicuba antaranya burnt cheese cake dan devil matcha.
Kedua-dua kek ini juga tidak mengecewakan dan harga masing-masing RM14.

Patisserie BoutiQue
Lokasi: 103, Jalan Sultan Yusof,
Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu dari pukul 11 pagi sehingga pukul 6 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya