Menikmati ‘Raja Berbeku’ di Melo Cafe & Deli - Utusan Malaysia

Menikmati ‘Raja Berbeku’ di Melo Cafe & Deli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU ada yang rindu masakan ala bufet seperti bulan Ramadan, Hotel The Pearl ada jawapannya.
Kepelbagaian menu yang dihidangkan semasa kunjungan saya ke hotel yang terletak di Jalan Klang Lama, ibu negara baru-baru ini menggamit semula memori ketika bulan puasa.
Manakan tidak, menu yang dihidangkan membuatkan saya rambang mata dan terliur lebih-lebih apabila melihat hidangan makanan laut di sini dengan berkonsepkan King of Grill.
Sekiranya ada yang berhajat untuk datang ke mari, tiram keju bakar antara menu wajib dicuba di sini.
Menu ini istimewa dan berada pada kelas tersendiri sebagaimana udang karang atau makanan laut eksotik lain.
Pada saya, seseorang itu belum dikira penggemar makanan laut lagi sekiranya tidak pernah mencuba masakan tiram ini.
Dengan dibakar dan dicampur keju serta lemon, rasa tiram ini mungkin sedikit pelik dan perlu bersedia dengan kejutan tersendiri tanpa perlu saya ceritakan di sini.
Selain itu, hidangan daging kambing

berbeku juga antara menu wajib dicuba.
Dengan rasa kelembutan daging yang tidak terlalu kering, ia semestinya memikat selera penggemar makanan ini.
Cuma pihak hotel hanya menyediakan satu jenis sos sahaja iaitu mint sauce tanpa ada sos lain dan ini sedikit sebanyak ‘memotong selera’ untuk terus menikmati menu barbeku.
Adalah lebih baik bukan sekadar makanan ada kepelbagaian tersendiri, sos juga begitu.
Bagaimanapun, kualiti makanan lain tidak boleh dipertikaikan.
Sekiranya pengunjung mahukan sesuatu yang lebih berat dan mengenyangkan, hotel ini menyediakan beberapa menu seperti kuetiau goreng, mi goreng, nasi goreng, nasi goreng, ayam masak merah dan itik masak kicap.
Di samping itu, hidangan di hotel ini juga mempunyai makanan seperti sosej, kuih-muih dan takoyaki serta pelbagai menu lain.
Dalam pada itu, Ketua Cef, Roskaimi Rosli berkata, bufet di King Of Grill menawarkan lebih 100 hidangan dari pelbagai negara dan hanya dibuka pada Jumaat dan Sabtu.
Harga yang ditawarkan untuk bufet ini adalah RM118 bagi dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak berusia empat sehingga 12 tahun. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya