Kuda temani pengunjung jamu selera di Ekues Cabin - Utusan Malaysia

Kuda temani pengunjung jamu selera di Ekues Cabin

SALAH seorang penunggang mengambil minuman yang dipesan mnerusi kod pengimbas di kafe tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTILAH pandu lalu dengan deretan kenderaan pada restoran makanan segera sudah biasa bagi kita.
Namun, tidak di Ekues Cabin Cafe kerana pandu lalu di sini bukannya merujuk kepada kenderaan, sebaliknya pada kuda atau lebih tepat tunggang lalu.
Bagi sesiapa yang belum pernah ke kafe ini, anda mungkin terkejut lebih-lebih lagi apabila deretan kuda menunggu giliran bersama penunggang ketika membeli makanan.
Namun, usah bimbang kerana kafe ini sememangnya menyediakan perkhidmatan ride thru bagi penunggang kuda di Taman Ekuestrian Putrajaya
Saya sendiri dapat melihat bagaimana dua penunggang kuda datang ke kafe ini dan hanya membuat pesanan di kaunter khas sahaja tanpa perlu turun daripada kuda berkenaan.
Selain keunikan pada konsep, kafe ini juga mempunyai tarikan tersendiri pada beberapa jenis makanan.
Di sini, kebanyakan makanan yang dihidangkan bukanlah menu berat seperti nasi berlauk atau hidangan panas.
Sebaliknya lebih kepada makanan seperti manisan, pelbagai jenis roti atau makanan ringkas seperti roti paratha, keropok lekor dan kopi.
Hidangan seperti Tuna Melt French Toast; Poached Egg with Mushroom French Toast dan Berries French Toast menggamit pengunjung ke sini.
Menu yang wajib dicuba pada saya di Ekuin Cafe sudah semestinya Beef Strip with Soft Scramble Egg French Toast.
Hidangan lengkap gabungan karbohidrat dan protein mengandungi telur hancur, pastrami daging lembu, tomato cheri dan salad.
Namun, pengunjung mungkin perlu memesan sos cili atau lada hitam bagi memberikan sedikit rasa pedas.
Begitu juga dengan Tuna Melt French Toast yang mungkin ada baiknya ditambah dengan mayonis atau thousand island. Cuma terpulang kepada pengunjung.
Rasa kopi di sini juga tidak kurang hebatnya. Dengan rasa seakan-akan jenama francais kopi terkenal, tidak mustahil anda akan berkunjung buat kali kedua semata-mata mahu menikmati cappucino atau hazelnut latte mahu pun caramel latte.
Apa yang paling penting, harga makanan di kafe ini juga tidaklah mahal dan hampir sama seperti di kafe lain.
Saya juga pasti ada pengunjung yang akan jatuh cinta dengan sukan berkuda selepas melihat aksi penunggang mahir dan juga sifat haiwan yang menjadi haiwan kesayangan Rasulullah SAW.
Dalam pada itu, pemilik Ekus Cabin Cafe, Mohd. Iqbal Kamaruddin berkata, kafe tersebut baru dibuka kira-kira tiga bulan lalu selepas melihat potensi yang ada untuk memenuhi keperluan pengunjung ke pusat ekuestrian tersebut.
“Sewaktu saya datang belajar menunggang kuda di sini, saya sering kali mencari tempat yang sesuai untuk berehat sambil menikmati minuman atau makanan ringan.
“Daripada situ saya terfikir untuk membuka sebuah kafe untuk memudahkan pengunjung atau sesiapa saya yang mahu mencuba hidangan di sini. Selain itu, pengunjung boleh menikmati persekitaran yang tenang sambil melihat aksi sukan polo dengan lebih dekat,” jelasnya.

Ekues Cabin Cafe

MOHD. IQBAL menunjukkan dua menu yang wajib dicuba iaitu Berries French Toast dan Bef Strip with Scramble Egg French Toast. – MINGGUAN/FAIZ ALIF

Lokasi: Jalan Kandang Kuda, Taman Ekuestrian, Putrajaya
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula pada pukul 9 pagi sehingga 7 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya