MENIKMATI hidangan fish n chips mungkin sudah biasa bagi kebanyakan daripada kita.
Walaupun pada asasnya hidangan ini hampir sama sebagaimana di kebanyakan restoran lain, hakikatnya terdapat perbezaan menu ini di The Manhattan Fish Market.
Paling ketara rasa sosnya yang tidak begitu pedas dan mempunyai adunan lengkap pelbagai bahan ramuan seperti serai, bawang putih, bawang merah dan kunyit.
Berani saya katakan sos ini pasti membuatkan anda menjilat jari disebabkan rasanya yang lain daripada sos di restoran lain yang pernah saya kunjungi.
Di samping itu, menu baharu ini yang dinamakan Nyonya Manhattan Fish & Chips turut menghidangkan hirisan kentang nipis yang digoreng rangup dan mempunyai sedikit rasa pedas.
Apa yang menarik, anda boleh memilih sama ada hirisan kentang nipis ini atau kentang goreng yang menjadi kelaziman di restoran makanan segera.
Bonus untuk mereka yang memilih hirisan kentang nipis kerana anda boleh menambahnya tanpa sebarang bayaran dan makan selagi mana yang termampu. Harga untuk menu ini adalah RM27.90.
Baaimanapun, menu ini hanya dihidangkan untuk tempoh dua bulan sahaja iaitu sehingga Oktober ini dan saya pasti anda tidak sama sekali menyesal selepas mencuba buat pertama kali.
Selain Nyonya Manhattan Fish & Chips, penggemar makanan Barat boleh berkunjung ke restoran ini bagi menikmati tiga jenis burger yang juga hanya boleh didapati sehingga Oktober ini.
Restoran jenama popular ini cuba mencipta kelainan apabila menggabungkan rasa tempatan dan Barat pada hidangan Snapping Budu Burger yang saya pasti memberi rasa kelainan.
Dengan harga RM33.90, anda boleh merasai kenikmatan kombinasi hidangan ala Barat dan tempatan dalam satu-satu masa.
Di samping itu, dua menu seperti Hot Reef & Chick dan Mile’s Salsa Burger juga pasti memikat peminat burger, lebih-lebih lagi dengan saiznya yang besar dan boleh dinikmati dua orang. Kedua-dua menu ini berharga RM29.90 dan RM19.90.
Restoran ini turut menghidangkan tiga menu lain iaitu Baked Nyonya Alaskan Pollock, Poached Nyonya Seafood Bucket dan Poached Nyonya Lobster Seafood Bucket.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Daniel Chan berkata, untuk ketiga-tiga menu burger tersebut, pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan myBurgerLab untuk pengenalan khas itu.
“Jenama burger ini dikenali kerana mempunyai idea-idea inovatif dan rasa yang enak.
“Paling penting kami mahu menjamu makanan terbaik untuk pelanggan kami sama ada burger, stik atau makanan laut yang segar,” ujarnya.
Tambah Daniel, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan tempoh pengenalan semua makanan itu sekiranya menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan.
Menu-menu ini dihidangkan di semua 25 cawangan The Manhattan Fish Market di seluruh Malaysia. – MINGGUAN MALAYSIA
Kombinasi burger, budu
- Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
- 14 Ogos 2022, 1:21 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Keluarga lima maut serah pihak polis siasat kemalangan
24 Disember 2024, 8:59 pm
Macron umum Kabinet baharu kali keempat
24 Disember 2024, 8:42 pm
Pengurus Besar Perak FC umum lepas jawatan mulai 1 Januari
24 Disember 2024, 7:43 pm