Resipi warisan `ayam Atan' dan ayam goreng kunyit - Utusan Malaysia

Resipi warisan `ayam Atan’ dan ayam goreng kunyit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYAM goreng kunyit dan masakan ayam yang dikenali ‘ayam Atan’ adalah dua menu yang amat digemari dan semakin popular dalam kalangan pelanggan yang datang ke restoran Zura Food di Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak.
Pengusahanya, Nor Hizatul Maizura Mohd. Dali, 37, berkata, dua jenis masakan tersebut adalah resipi yang diwarisi daripada keluarganya.
Menu Ayam Atan sudahpastinya tidak terdapat di tempat lain kecuali di restoran yang diusahakan oleh adik beradiknya kerana resipi masakan itu diturunkan oleh arwah orang tuanya.
“Hanya ada empat kedai di Bagan Serai yang menyediakan masakan ini iaitu kedai makan yang diusahakan oleh tiga orang kakak saya dan saya sendiri,” katanya.

RESIPI SENDIRI
Dalam pada itu, selain ayam Atan, di Zura Food, dia menyediakan masakan ayam goreng kunyit juga dengan resipi tersendiri.
Katanya, ayam goreng kunyit dan ayam Atan dimasak dalam keadaan ayam masih bertulang dan dipotong dalam saiz ketulan yang sederhana.
“Ayam yang hendak dimasak, digaul dengan berbagai jenis rempah ratus lalu diperap terlebih dahulu supaya ia menjadi sebati.
“Pelbagai jenis sos turut digunakan dalam dua jenis masakan itu bagi mena

mbahkan keenakannya,” katanya.
Nor Hizatul Maizura berkata, dia mula mengusahakan restoran Zura Food di Matang Jelutong, Bagan Serai kira-kira setahun lalu dan beroperasi mulai pukul 5 petang hingga 1 pagi setiap hari.
“Di Zura Food juga kami menyediakan 15 jenis menu masakan bergoreng dan berkuah serta masakan Thai,” katanya.
Terangnya lagi, harga jualan makanan di restorannya amat berpatutan dan berbaloi dengan menu yang disediakan.
“Kami turut menerima tempahan untuk sebarang majlis,,” tambahnya.

PELANGGAN TAK JEMU
Sementara itu, keenakan makanan yang disajikan di Zura Food diakui oleh pelanggan, Hafizan Roslin, 37, yang berkata, makanan di restoran itu kena dengan cita rasa dan seleranya.
“Boleh dikatakan setiap hari saya menjamu selera di restoran ini bagi menikmati juadah masakan yang disediakan tanpa jemu.
“Selain masakannya yang sedap terutamanya ayam Atan, harga makanan dan minumannya juga murah,” katanya.
Seorang lagi pelanggan, Mohd. Fardi Zulkafli, 38, berkata, selain harga makanan dan minuman yang murah, pelbagai jenis makanan terdapat di restoran itu.
“Memang amat puas hati makan di sini sebab nasi dan lauk pauk yang dihidangkan juga banyak.
“Semua masakan di restoran ini sedap terutamanya ayam Atan dan ayam goreng kunyit,” katanya.

Restoran Zura Food

Matang Jelutong, Bagan Serai
Operasi: Setiap hari
bermula 5 petang hingga 1 pagi
Tempahan: 016-8419641

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya