IBADAH puasa pada bulan Ramadan lalu boleh diibaratkan sebagai ‘madrasah’ yang mendidik jiwa umat Islam sebelum menyambut Aidilfitri pada Syawal sebagai tanda kemenangan. Kehadiran bulan Syawal dengan amalan berpuasa sunat enam hari adalah satu anugerah Allah SWT dengan ganjaran pahala selain pelengkap untuk terus istiqomah dalam meneguhkan iman dan takwa. Berkongsi pandangan berkait kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal, pendakwah bebas, Ustaz Khairudin Mat Lazim berkata, puasa enam hari adalah amalan penting yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Menurutnya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, kemudian dia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya