Jangan malu belajar al-Quran di usia emas

Jangan malu belajar al-Quran di usia emas

DR MUHAMMAD HANA PIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STIGMA malu untuk belajar atau mengenal al-Quran pada usia emas masih menebal dalam kalangan masyarakat umat Islam di negara ini.

Situasi itu sebaliknya, perlu dikikis dan dibuang supaya tidak menjadi tembok penghalang bagi seseorang Muslim untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Imam Besar Negeri Kelantan, Dr. Muhammad Hana Pizi Abdullah berpandangan, golongan warga emas atau veteran sebenarnya tidak perlu malu untuk mula belajar al-Quran.

Katanya, hal ini kerana kitab suci itu sesuai untuk semua peringkat usia.

“Umat Islam perlu melihat kembali sejarah penurunan al-Quran yang mana ketika itu ia dipelajari, dibaca dan dihayati bukan sahaja oleh remaja tetapi turut merangkumi golongan berusia termasuk para Sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq,” katanya.

——————————————————————————————————–

Dr. Muhammad Hana Pizi Abdullah
Umur: 50 Tahun
Jawatan: Imam Besar Negeri Kelantan (2003-sekarang)
Kelulusan:
BA (Takhassus al-Qiraat) al-Azhar, Mesir (1999)
MA (Usuluddin) Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2007)
PhD (Perbandingan Warisan) Universiti Islam Malaysia (2024)

Kegiatan:
Ahli Lajnah Tasheh Mushaf, Kementerian Dalam Negeri
Jemaah Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan
Jemaah Hakim Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri dan Kebangsaan
Pengerusi Perhubungan Rabitah Alumnai al-Azhar Negeri Kelantan

________________________________________________________________________________________________

Muhammad Hana Pizi Hana Pizi mengajak orang umat Islam di Malaysia untuk melihat ke Barat di mana kebanyakan individu mula memeluk Islam semasa mereka sudah berusia.
Katanya, lebih membanggakan lagi individu itu tidak segan untuk mula mempelajari al-Quran, malahan ramai antara mereka belajar sehingga ke tahap mahir membaca kitab suci berkenaan.

“Jadi, tidak timbul isu malu untuk mula belajar al-Quran ketika bergelar warga emas kerana Islam sendiri mengajarkan, semua orang akan mendapat pahala apabila membaca al-Quran dan mereka yang mahir membaca kitab suci ini akan mendapat kemuliaan.

“Dalam hadis yang diriwatkan oleh Riwayat Bukhari & Muslim

Rasulullah S.A.W bersabda: “Orang yang mahir dengan al-Quran akan berada bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa berbuat kebaikan, dan orang yang membaca al-Quran dengan tergagap-gagap serta mengalami kesulitan, baginya dua pahala.” katanya.

Muhammad Hana Pizi memberitahu, terdapat ruang cukup luas untuk golongan berusia mula belajar al-Quran termasuk program tadarus selepas solat Subuh di masjid-masjid.
Katanya, sehubungan dengan itu umat Islam tidak perlu malu untuk terus mempelajari dan memperbaiki mutu bacaan al-Quran.
“Hanya hadir ke masjid dan ikut kawan-kawan baca al-Quran sama ada satu atau dua muka surat untuk peringkat awal,” katanya.

Ujarnya, warga emas dan lain-lain peringkat usia tidak sepatutnya meninggalkan al-Quran serta institusi masjid kerana kedua-duanya boleh menjadi benteng kepada setiap individu terhadap semua perkara lagha dan negatif.

“Hadis menyebut, Rasulullah S.A.W ada bersabda: “Sesiapa yang tiada dalam dirinya sesuatu daripada al-Quran umpama rumah yang usang.”- (Riwayat At-Tirmizi])” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya