MEMELIHARA tulisan Jawi antara perkara yang sering diberi penekanan oleh seorang guru agama, Mohd. Umar @Kasman Mohamed Noor dalam majlis ilmu dan pengajian agama yang disampaikannya di masjid dan surau di sekitar Bagan Datuk, Perak. Mohd. Umar, 87, yang masih aktif mengajar ilmu agama ini mahu melihat tulisan Jawi tetap hidup dalam masyarakat Islam. Ini kerana tulisan itu pernah menjadi peradaban dan lambang jati diri bangsa Melayu suatu ketika dahulu. Baginya, walaupun peranan tulisan Jawi kini sudah diambil alih oleh tulisan Rumi, namun adalah menjadi tanggungjawab orang Melayu memastikan tulisan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya