Haram bedah muka untuk cantik dan kerjaya

Haram bedah muka untuk cantik dan kerjaya

MOHAMED ABDULLAH ZAMHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP orang ada kehendak dan kepuasan yang ingin dicapai. Secara asasnya, ada yang sukakan pada aktiviti lasak, makanan atau juga hobi tertentu termausk ada yang sanggup bedah muka

Bagaimanapun, ada juga yang mencari kepuasan dengan kecantikan dan kesempurnaan pada wajah atau tubuh badan sendiri. Disebabkan itu, pembedahan plastik, botoks dan rawatan lain termasuk pembedahan hidung semakin popular pada zaman sekarang.

Menurut Ustaz Mohamad Abdullah Zamhari, hukum asal bagi mereka yang membuat pembedahan kosmetik dengan mengubah mana-mana pada anggota tubuh termasuk wajah tanpa sebarang keperluan selain untuk kecantikan adalah haram.

“Kalau dia buat untuk dijadikan sebagai tarikan kecantikan dan bukan sebab kecacatan atau telah menimbulkan penghinaan orang atau fitnah, itu tidak boleh dan berdosa.

“Bagaimanapun, ia boleh dan harus dilakukan sekiranya ada asbab atau perkara yang dibenarkan syarak seperti pernah kemalangan sehingga menyebabkan anggota badan cacat serta mengaibkan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Dalam pada itu, Ustaz Mohamad Abdullah berkata, seseorang yang telah melakukan perbuatan sedemikian juga tidak boleh sama sekali untuk menyebarkan di mana-mana platform termasuk media sosial.

Mohamed Abdullah Zamhari
Asal: Miri, Sarawak
Jawatan terkini:
Pendakwah Bertauliah Selangor dan Sarawak
Pendidikan:
Sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengajian Islam, Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

“Ada individu yang sudah buat pembedahan plastik dan kemudian dia sebarkan. Apa tujuan? Mestilah untuk mendapatkan perhatian sebab anggota tubuh badan sudah semakin cantik.

“Kalau perkara itu berlaku ia berdosa dan kemudian tidak termasuk dalam akhlak Islam sebenar,” jelasnya.

Tambah Ustaz Mohamad Abdullah, apabila perkara sedemikian berlaku, ia jelas menunjukkan syaitan berjaya menipu individu berkenaan berdasarkan surah An-Nisa ayat 119

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”

Ustaz Mohamad Abdullah ketika ditanya tentang sumber pendapatan mereka yang terlibat dalam aktiviti yang mengubah ciptaan Allah semata-mata kecantikan hukumnya haram.

“Seseorang itu termasuk doktor yang membuat rawatan berkaitan mempromosikan kecantikan ini hukumnya haram dan mereka perlu sedar bahawa ia bercanggah dengan hukum syarak.

“Maka sudah tentu pekerjaan tersebut haram dan pendapatan yang diperoleh tidak berkat. Elakkan diri daripada melakukan rawatan dan buat sesuatu yang sumbernya peroleh dan diberkati Allah SWT,” jelasnya.

Tambah Ustaz Mohamad Abdullah, sebarang perkara yang diketahui haram dan kemudian cuba mempengaruhi orang lain untuk berbuat perkara sama hukumnya juga berdosa.

“Sekiranya orang tersebut jahil dan tidak tahu ia berdosa, maka hendaklah dia bertaubat nasuha dan kembali kepada Allah SWT,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya