Teruskan memberi salam, berjabat tangan

Teruskan memberi salam, berjabat tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAM adalah agama yang amat menitik beratkan adab-adab dalam berkomunikasi sesama manusia.

Ia termasuk memberi salam dan bersalaman ketika bertemu yang menggambarkan sifat cinta dan kasih sayang yang membawa keakraban sesama manusia.

Berkongsi bicara dengan Mingguan Malaysia, Mudir Pondok As-Syakirin, Ustaz Johar Che Harun berkata, amalan bersalaman dilihat kian terhakis mutakhir ini apabila prosedur tidak bersalaman bermula sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.

Menurutnya, amalan bersalaman selepas solat berjemaah di sesetengah masjid juga dilihat tidak begitu diambil kisah berbanding sebelum negara dilanda musibah penyakit berkenaan.

“Kariah masjid perlu kembali membudayakan amalan bersalaman selepas solat berjemaah seperti mana yang diamalkan sebelum ini untuk meneruskan amalan sunnah yang melambangkan ukhuwah Islam, perpaduan dan kasih sayang sesama manusia.

“Tertib ketika bersalam yakni saling berpandangan dengan ukuran senyuman mesra perlu diamalkan bagi mencapai ‘mahabbah’ sesama manusia,” katanya ketika ditemui di Pondok As-Syakirin, Kampung Dalam Huma, Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.

Tambah Johar, memberi salam dan bersalaman adalah nilai akhlak yang amat dituntut sama ada kita kenal atau tidak dengan individu yang ditemui.

Menurutnya, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Tidaklah ada dua orang Muslim itu bertemu, lalu bersalaman melainkan akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

JOHAR CHE HARUN

Usia: 42 tahun
Asal: Kampung Dalam Huma, Pasir Puteh, Kelantan
Latar belakang pendidikan:
 Pondok Pengajian Islam Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.
 Berguru dengan ulama tasawuf Kelantan, Tok Guru Poksu Hamid, Gunung, Bachok, Kelantan.
Tugas hakiki:
Mudir Pondok As-Syakirin, Kampung Dalam Huma,
Pasir Puteh, Kelantan

——————————————————————————————————–

Menurutnya, tiga amalan yakni bersalaman, memberi orang makan dan mendirikan solat separuh malam adalah amalan yang dikatakan menjadi titian ke syurga.

Katanya, tuntutan amalan ini terkandung dalam hadis Rasulullah SAW yang membuktikan peri pentingnya hubungan sesama manusia (hablum mi nannas) dan hubungan dengan Allah SWT (hablum minalllah).

“Adab bersalam dengan bukan muhrim juga perlu dijaga agar kerana ia adalah sebahagian tertib yang perlu dipatuhi,” katanya.

Satu perkara lagi yang perlu ditegur, kata Johar, kecenderungan anak muda sekarang yang bersalam dengan orang yang lebih tua daripada mereka atau kerabat yang terdekat dilihat wujud perubahan budaya yang lari daripada tertib sebenar.

“Bersalaman dengan ibu bapa, guru atau orang yang lebih tua dengan menundukkan kepala dan mencium tangan sendiri perlu ditegur. Kita perlu menegur anak-anak agar tidak berbuat demikian.

“Apabila bersalaman perlu bermula dengan pandangan empat mata, mencium tangan ibu bapa, orang yang lebih berusia, guru atau alim ulama untuk mendapatkan berkat. Jangan sesekali mencium tangan sendiri kerana itu bukan akhlak yang diajar oleh agama Islam,” katanya.

Johar berkata, perihal dipandang remeh namun ia akan memberi kesan terhadap budaya bersalaman sebenar sehingga ada anak-anak malu untuk mencium tangan orang yang lebih tua dalam hirarki keluarga masing-masing.

Menurutnya, Imam Ibn Batthal menyatakan bersalaman merupakan satu kebaikan menurut kebanyakan ulama dan Imam al-Nawawi juga menyatakan bahawa bersalaman merupakan sunnah yang disepakati ketika bertemu.

“Pandemik Covid-19 sudah berlalu dan kita akur dengan prosedur operasi standard yang ditetapkan ketika itu dan kini seharusnya kita kembali mengamalkan amalan sunnah selain terus mendoakan kesejahteraan dalam kehidupan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya