MEMPERKASA adab yang mulia sejajar dengan ajaran Islam adalah aspek penting bagi memastikan generasi muda mampu meneruskan kesinambungan kepemimpinan dan ketamadunan yang berasaskan teknologi komunikasi canggih (ICT) yang dibangunkan hari ini. Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Azri Bhari, mutakhir ini teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) mewujudkan lompongan besar terhadap hubungan sesama insan sama ada dalam aspek sosioekonomi dan pendidikan. Terutamanya, kata beliau, terserlahnya kekurangan adab dalam berkomunikasi dan memberikan pandangan di media sosial.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya