JAWATAN sebagai Yang Dipertua Madrasah Al-Ihsaniah di bandar Teluk Intan, Perak merupakan amanah besar yang digalas Akram Ayob. Ini kerana Akram, 62, bertanggungjawab menguruskan madrasah yang bukan sahaja memiliki nilai warisan sejarah yang tinggi kerana sudah berusia 123 tahun tetapi madrasah itu juga merupakan madrasah moden pertama di negara ini. Dibina pada tahun 1901, madrasah itu masih digunakan dan terus mengekalkan fungsinya bukan sahaja sebagai tempat ibadat bagi masyarakat Islam setempat tetapi juga sebagai tempat pengajian agama. Apa yang menariknya, Akram, anak kelahiran Pasir Bedamar di bawah Parlimen Teluk Intan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya