Gurauan lucah, jelik haram

Gurauan lucah, jelik haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERBAHASA kesat, mencarut dan perkataan jelik selalu dilepaskan dengan mudah oleh rakan-rakan atau sesiapa saja di persekitaran kita. Malah adakalanya perkataan sedemikian turut menjadi bahan gurauan menerusi pelbagai platform media sosial termasuk panggilan video.

Selain itu, kata-kata sedemikian turut dikeluarkan segelintir individu dengan niat yang tidak baik, termasuk cubaan menggoda.

Menurut Ustaz Muhammad Sabri Mastori, perkataan lucah dan jelik tidak boleh dilontarkan oleh seseorang yang beragama Islam.

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam hadis dengan beberapa nasihat supaya kita sebagai orang Islam meninggalkan perkataan tersebut (lucah).

“Justeru kita sebagai orang Islam yang beriman hendaklah meninggalkan perbuatan itu. Ini ada diberitahu dalam Islam dan meninggalkan perkara ini lebih afdal serta suci,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Tambah Muhamamd Sabri, mereka yang sering bercakap lucah dan mengeluarkan perkataan jelik, apabila meninggalkan perbuatan tersebut dapat merasai perubahan dalam jiwa serta kehidupannya.

“Apabila mereka ini meninggalkan perkataan-perkataan lucah, hati menjadi bersih dan segala urusan seperti pergaulan dengan masyarakat serta pekerjaan menjadi mudah,” jelasnya.

Muhammad Sabri ketika ditanya tentang hukum mengeluarkan perkataan lucah berkata, ia bergantung kepada situasi.

“Hukum secara umum adalah haram. Dalam masa sama juga hukumnya fleksibel kerana kadang-kadang ada perkataan lucah yang ‘ringkas’ dan ada yang meninggalkan maksud lebih besar serta mendalam.

“Kalau ia terlalu lucah dan menjelikkan hukumnya haram,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang langkah terbaik untuk seseorang itu berubah, Muhammad Sabri berkata, individu berkenaan perlu diberi nasihat dan memahami tentang kesan positif apabila meninggalkan tabiat berkenaan.

Tambahnya, seandainya seseorang itu mengeluarkan perkataan lucah disebabkan melatah, ia dimaafkan pada hukum syarak.

“Bagaimanapun, mengapa keluar perkataan lucah apabila melatah? Ia disebabkan perkataan-perkataan tadi sebati dalam hati seseorang.

“Sebab itu, kita perlu tukar kepada perkataan yang baik supaya apabila melatah, tidak terkeluar perkataan berkenaan,” jelasnya. –

Muhammad Sabri Mastori
» Umur: 33 Tahun
» Jawatan: Mudir Madrasah Tahfiz Saidina Ali Bangi Lama Selangor
» Pendidikan: Ijazah Bahasa Arab Al Azhar Mesir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya