SUDAH banyak pertandingan pelbagai acara sukan diadakan terutama sebaik tamatnya perintah kawalan pergerakan (PKP). Walaupun bukan bertaraf profesional dan sekadar amatur, hadiah yang disediakan agak lumayan. Daripada wang ringgit sehinggalah kepada pakej percutian atau pelbagai jenis barangan lain.
Bagaimanapun, ada sedikit kemusykilan apabila memperkatakan status ganjaran atau jackpot (hadiah khas) sama ada sah atau tidak di sisi Islam.
Bagi Ustaz Hazwan Syah Niezam Abdul Haniff, acara pertandingan pada asasnya sah dan diharuskan dalam Islam lebih-lebih lagi untuk yang memupuk persaingan sihat dan ukhuwah persaudaraan.
“Selain itu, apabila ada pertandingan yang menyediakan hadiah, hukumnya juga harus sebab ia menggalakkan peserta berusaha bersungguh-sungguh.
“Bagaimanapun, apa yang paling penting kita perlu lihat daripada mana sumber hadiah tersebut datang agar ia benar-benar halal dan patuh syarak,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Tambah Hazwan Syah Niezam, ganjaran daripada sumber yang harus iaitu syarikat atau pihak selain daripada syarikat judi, arak atau perkara yang bertentangan dengan Islam hukumnya harus.
“Bagaimanapun, sekiranya ia membabitkan syarikat pusat perjudian, arak atau apa-apa perkara bertentangan Islam, ia menjadi haram.
“Begitu juga kalau sumber itu sumber yang tidak pasti, dilihat secara umumnya tiada sebarang keraguan yang disebut secara jelas, maka ia kembali kepada hukum yang asal iaitu harus.Ini kerana dalam Islam asal sesuatu benda adalah harus sehingga timbul keraguan,” jelasnya.
Selain itu, Hazwan Syah Niezam berkata, sekiranya hadiah yang disediakan dalam acara tersebut datangnya daripada yuran peserta sendiri, hukumnya haram.
“Ia akan menjadi pertaruhan. Contoh mudah, kalau ada peserta letak duit dan menjadikan ia sebagai hadiah berdasarkan duit yang terkumpul, hukumnya haram dan tidak boleh ada pertandingan sebegitu,” terangnya.
Dalam pada itu, Hazwan Syah Niezam berkata, sesuatu acara pertandingan itu pada hakikatnya bersifat mulia di sini Islam.
“Ini kerana ada hadis berkata Rasulullah SAW pernah berlumba lari dengan Aisyah RA dan Aisyah menang.
“Justeru, ia untuk menggembirakan semua pihak. Maknanya kalau acara itu untuk bergembira dan mengeratkan hubungan serta meningkatkan kualiti dalam satu-satu acara sukan, ia adalah benda yang harus,” jelasnya. – Mingguan Malaysia
Berhati-hati dengan ganjaran pertandingan
- Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
- 24 September 2023, 5:13 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Ikut Machiavelli, ‘harimau dari perut’ atau taktikal
15 Disember 2024, 10:10 am
Jangan pinggirkan pendidikan inklusif
8 Disember 2024, 10:03 am
Melindungi pemberi maklumat rasuah
1 Disember 2024, 9:03 am