Ramadan peluang tingkatkan zuhud, taubat

Ramadan peluang tingkatkan zuhud, taubat

Ustaz Mohamad Anuar Mamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMAT Islam sepatutnya bersyukur diberikan kesempatan bertemu dengan penghulu segala bulan iaitu Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Sepatutnya bulan ini diisi dengan sibuknya beramal ibadat, bukannya sibuknya membeli-belah untuk persiapan Hari Raya di sepanjang bulan yang mulia ini.

Bulan ini penuh dengan segala kebajikan, bulan yang membuka pintu rahmat dan keampunan kepada umat Islam yang ingin bertaubat kepada Allah SWT.

Berkongsi bicara mengenai Ramadan, Imam Muda Masjid at-Taqwa Cherang Ruku, Ustaz Mohamad Anuar Mamat berkata, bulan ini merupakan hidayah Allah SWT kepada umat Muhamad SAW yang menjanjikan gandaan ganjaran pahala amal ibadat dan kebajikan.

Menurutnya, Ramadan adalah bulan yang membawa keamanan dan kesejahteraan sekiranya manusia mengerti fadilat yang tersirat dan tersurat.

“Ramadan kali ini juga bermakna usia kita semakin bertambah dan pada masa sama ajal atau tempoh kematian semakin dekat menghampiri.

“Sudahkah kita bersedia menghadapi kematian? Sudahkah kita bersedia didatangi malaikat maut yang ditugaskan Allah untuk mengambil nyawa? Sudahkah kita bersedia untuk ke seberang kematian dengan membawa bekalan yang mencukupi,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.

Justeru, Mohamad Anuar berkata, bila diberi peluang menemui lagi Ramadan, ini bermakna masih ada peluang untuk beramal, beribadat, bertaubat, berbuat kebajikan bagi menebus keterlanjuran noda dan dosa yang dilakukan sebelum ini.

“Ambillah kesempatan yang berharga ini sebelum terlewat untuk menyelamatkan diri dan membina kemuliaan selepas mati.

“Janganlah terpesona dengan keduniaan yang tidak berfaedah kerana segala apa yang kita miliki pada hari ini tidak berguna lagi di akhirat kecuali takwa dan amal soleh yang dilaksanakan dengan ikhlas, “ katanya.

Menurut Mohamad Anuar, Allah SWT akan menggandakan pahala amal sepanjang bulan ini dengan berlipat ganda sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Setiap amalan anak Adam digandakan pahala kebajikan dengan 10 kali ganda hinggalah sampai kepada 700 kali ganda, Allah berfirman: Kecuali puasa maka sesungguhnya puasa adalah untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya, ini kerana ia telah meninggalkan keinginan dan makanannya kerana Aku.”

Tambahnya, Rasulullah SAW bersabda; “Datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan berkat, Allah fardukan ke atas kamu berpuasa. Dibuka pada bulan Ramadan pintu-pintu langit (syurga), ditutup kemas pintu-pintu neraka dan diikat para syaitan, bagi Allah pada bulan ini ada satu malam terlebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang tidak mendapat kebajikan daripada bulan ini maka sesungguhnya dia tidak peroleh segala kebajikan.”

Kata Mohamad Anuar lagi, puasa adalah satu cara atau ‘minhaj’ memperoleh takwa sementara takwa itu adalah jalan atau tiket untuk ke syurga yang sentiasa dilingkungi dengan perkara yang tidak digemari oleh nafsu manusia.

“Neraka pula dilingkungi perkara yang membangkitkan syahwat dan keinginan manusia yang sangat sukar buat manusia mendidik hati terhadap desakan nafsu makan minum dan nafsu syahwat atau tuntutan seks.

“Sekiranya manusia dapat menguasai kedua-dua nafsu itu dan dapat meletakkan pada tempat yang sebenarnya, Insya-Allah, manusia akan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,” katanya.

Tegasnya, puasa merupakan sebuah sekolah untuk mendidik nafsu dan diri agar manusia sentiasa berhias dengan sifat takwa dan berakhlak mulia menerusi perjuangan yang dikenali dengan ‘Mujahadah an-nisf’ atau ‘Tarbiah an-nisf’ yang mana puasa diangkat sebagai perisai yang amat berguna di medan juang.

Meneruskan pendidikan nafsu ini, kata Mohamad Anuar, Allah SWT fardukan puasa Ramadan dan menggalakkan puasa sunat dengan penyediaan pahala yang berlipat ganda kepada umat-Nya.

  • BIODATA USTAZ MOHAMAD ANUAR MAMAT
    Umur: 34 tahun
  • Asal: Kampung Sepulau, Pasir Puteh, Kelantan

Sejarah Pendidikan:

  • Sekolah Menengah Ugama Nurul Falah Cherang Ruku, Kelantan
  • Maahad saniah Pasir Puteh, Kelantan
  • Pusat Pengajian Pondok Moden, Bachok
  • Ribat Fattah, Selyun, Hadralmaut, Yaman

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya