Lama dah Cik Bunga perhatikan gelagat dua selebriti popular ini. Siapa lagi kalau bukan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang sekarang buat kita keliru, dia ini masih orang politik atau tidak.
Iyalah, bukan main banyak lagi bahan-bahan kandungan media sosial atau content yang mereka hasilkan bersama sama ada untuk tujuan promosi produk dan sebagainya.
Maaf ya, Cik Bunga tak cemburu langsung dengan kemesraan mereka, cuma lebih kepada hairan, tak penatkah mereka nak kekalkan kemesraan itu demi sebuah content? Tapi kalau dibayar, kita hendak cakap apa pula bukan. Sudah namanya mencari rezeki, tak akanlah tidak mahu buat pula.
Cik Bunga pun perhatikan juga gelagat kalangan warganet yang seakan menyokong agar Bella dan Syed Saddiq benar-benar ke fasa yang serius, dalam erti kata lain, kahwin sajalah.
Ada yang kata mereka nampak sesuai bersama, ada pula yang kata meluat tengok mereka di media sosial. Macam-macam tanggapan, yang penting Cik Bunga pun restu sahaja kalau betul kedua-duanya bertemu jodoh.
Iyalah, bak kata orang, mereka ini naik kapal pun sudah, naik gunung kinabalu pun sudah, tinggal hanya nak naik pelamin sahaja ini. Kalau dah ramai mendoakan begitu, Cik Bunga rasa ini kali jadi ini.
Jadi macam mana Bella dan Syed Saddiq? Kahwin sajalah ya! Ramai sudah restui ini, kasi jadi sahajalah.