Sesi uji bakat OIAM 2024 kosong? - Utusan Malaysia

Sesi uji bakat OIAM 2024 kosong?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sampai pula ke telinga Cik Bunga mengenai apa yang berlaku di sekitar sesi uji bakat program realiti yang sudah lama direhatkan dan kini kembali semula setelah 15 tahun berlalu.

Program apa lagi kalau bukan One In a Million (OIAM) 2024 yang bakal bersaing merancakkan lagi suasana kemeriahan industri seni suara tanah air.

Cik Bunga pun secara peribadi, seronok dengar khabar program ini akan dikembalikan. Kita pun dulu, ralit juga menonton program ini di kaca televisyen. Artis-artis yang lahir daripada program ini juga semua bagus-bagus dan ada tempat tersendiri dalam gelanggang seni tempatan.

Makna kata, program ini bukan biasa-biasa. Artisnya semua boleh jual semua. Tetapi, apa yang mengejutkan Cik Bunga, setelah 15 tahun berlalu, rupanya ‘hype’ atau aura program dengarnya sudah tidak lagi sama macam dahulu.

Buktinya, menerusi satu sesi uji bakat yang berlangsung, ada yang beritahu Cik Bunga, tiada seorang peserta pun yang hadir. Ruang dewan, kosong daripada awal hingga akhir pintu dibuka.

Dengarnya, pihak penganjur sehingga terpaksa hubungi mana-mana bekas peserta program realiti yang baru-baru ini berlangsung untuk hadir ke sesi uji bakat tersebut supaya nampaklah ada orang datang.

Alamak, sampai begitu sekalikah? Cik Bunga rasa, mungkin zaman sekarang orang dah tak pilih konsep datang uji bakat kot? Mungkin cara atas talian? Entahlah, tak tahu juga apa cara yang sesuai. Tak akanlah Cik Bunga pula nak kena tolong fikirkan.

Mungkin pihak penganjur program boleh cuba fikirkan cara terbaik untuk perkara ini. Kita pun nak cari peserta-peserta yang benar-benar ada potensi untuk jadi pelapis penyanyi tanah air.

Kalau tiada kualiti, malulah dengan juara-juara yang sebelum ini. Tak begitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya