Cemburu punya pasal sanggup tukar tempat - Utusan Malaysia

Cemburu punya pasal sanggup tukar tempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAK tergelak Cik Bunga bila teringat gelagat pasangan popular yang sedang hangat bercinta ini.
Kejadian pula berlaku di depan mata sendiri. Tidak lama mana pun, masih baru lagi.

Nak dijadikan cerita, pasangan ini hadir sebagai tetamu jemputan dalam sebuah acara hiburan, barubaru ini. Kita tidak kisah sangat sebab faham, alang-alang mempromosikan filem, tidak salah hadir memberikan sokongan.

Pada awalnya, semua baik-baik sahaja sehinggalah pengacara majlis mengusik kehadiran aktor yang
duduk di sebelah seorang pelakon wanita ini. Pada masa sama, teman wanitanya ada juga di sebelah.

Barangkali, pengacara terlupa yang aktor itu hadir dengan teman wanitanya. Maka, suasana jadi janggal
sikit bila aktor itu diusik seolah-olah ada ‘sesuatu’ dengan pelakon wanita di sebelahnya.

Cik Bunga tengok, mereka masih boleh bergelak ketawa, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun, tidak lama kemudian, Cik Bunga perasan kekasih aktor tersebut bangun dan menukar tempat duduk.

Dia pula duduk di tengahtengah di antara aktres dan aktor tersebut. Macam mana Cik Bunga tak
tergelak? Macam percintaan zaman persekolahan pula.

Tidak sangka, kekasih aktor tersebut punya cemburu sampai begitu sekali. Alahai… lucu pula.Bukan apa, semua orang tahu antara aktres dan aktor tersebut tiada apa-apa perasaan. Dia pun sudah ada
teman lelakilah!

Kalau hendak tukar tempat, kenapa tak angkut kekasih duduk jauh sedikit? Iyalah, risau sangat
orang kebas kekasih. Macam-macam ragam artis kita ini ya…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya