Jika sebelum ini wujud khabar angin mengenai perpisahan pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli,nampaknya tekaan warganet mungkin meleset.
Bukan apa, Cik Bunga tengok, semasa di acara Absolute Bazar seminggu sebelum kita semua nak beraya ini, elok sahaja mereka berdua berniaga bersama sambil layan peminat.
Bukan sahaja berniaga, tetapi juga menunjukkan keserasian yang masih kuat bak pasangan pengantin baharu!
Iyalah, sebelum ini warganet pun berbisik-bisik bahawa hubungan mereka retak apabila masing-masing dilihat kurang berkongsi momen bersama di media sosial.
Disebabkan itu, ada yang mendakwa mereka sudah membawa haluan masing-masing.
Namun, semua teori itu bagaikan musnah apabila pasangan ini muncul di Absolute Bazar dengan penuh kemesraan, sekali gus membuktikan bahawa rumah tangga mereka masih kukuh.
Pendek kata, langsung tak nampak macam ada masalah atau macam sedang berdepan dengan krisis rumah tangga.
Cik Bunga rasa mungkin ada betulnya bila Uqasha sebelum ini ada buat kenyataan yang kesibukan masing-masing membuatkan dia dan Kamal jarang dapat berkongsi gambar atau video mereka bersama di media sosial.
Tak mengapalah, lega juga tengok mereka berdua bahagia begitu. Eloklah begitu bukan, sekurang-kurangnya dapat hentikan spekulasi liar orang ramai yang tidak habis-habis mendakwa rumah tangga Uqasha dan Kamal retak.