Cik Bunga bukan nak jadi batu api. Tetapi geram juga apabila dapat tahu rupa-rupanya seorang pelakon lelaki ini pandai berpura-pura mempamerkan kebahagiaan di khalayak ramai dengan isteri, tetapi hakikatnya dia di rumah berbeza karektor.
Ya. Mungkin kedengaran macam dalam drama swasta. Tetapi itulah yang Cik Bunga dengar daripada sumber yang kita rahsiakan siapa.
Rupa-rupanya, aktor yang kononnya terpaling sayang dan mencintai isteri apa adanya itu bukanlah seorang yang penyayang sangat.
Di rumah, sikapnya yang panas baran membawa dirinya terjebak ke dalam isu keganasan rumah tangga dan hal itu amat bertentangan dengan apa yang dia cuba potretkan di luar.
Kononnya dialah yang paling menjaga kebajikan isteri, menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang, paparan suami mithali. Tetapi rupa-rupanya berperangai ‘tahi’.
Terus-terang, Cik Bunga benci lelaki yang berperangai begini sebab dia nak tunjuk dirinya nampak bagus di hadapan orang ramai tetapi hakikatnya dia lelaki dayus pukul wanita.
Dengarnya, si isteri pun sudah bangkit untuk menuntut keadilan. Cik Bunga harap keadilan berpihak kepada si isteri.
Bukanlah kita nak sokong perceraian, tetapi kalau itu jalan terbaik dan boleh menyelamatkan hidup atau mungkin ‘nyawa’ seseorang, mungkin itu lebih baik sebelum terjadi lebih banyak perkara yang tidak diingini.