Nora Danish paling menang - Utusan Malaysia

Nora Danish paling menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga tahu, hal-hal berkaitan berapa banyak amalan dan ibadah atau pahala yang seseorang itu mahu kejar atau dapatkan, ia bukan satu persaingan dengan mana-mana individu.

Tetapi, harus kita akui dan puji, pelakon, Nora Danish, antara yang paling ‘menang’ sepanjang Ramadan lalu kerana perkongsiannya menerima banyak komen positif dia media sosial.

Berkongsi perjalanan kerohanian di media sosial dari sesi tadarus al-Quran hingga perkongsian refleksi Ramadan, selebriti berusia 43 tahun ini mendapat pujian meluas daripada peminat dan warganet.

Kita pun tumpang sejuk hati melihat Nora yang nampaknya sangat tenang dalam pilihan perjalanan hidupnya kini.

Kalau tak silap Cik Bunga, ramai kalangan pengikut dan peminat yang terinspirasi dengan cara Nora termasuk rutinnya pada bulan puasa lalu.

Mungkin ini yang seharusnya kita panggil seorang pempengaruh. Perkongsian yang bermanfaat menjadikan Nora wajar dijadikan sebagai sumber inspirasi ramai sebab bagi Cik Bunga, Nora pun tidak berpura-pura.

Semua orang boleh lihat perubahan baik pada dirinya dan inilah yang sepatutnya kita tiru atau contohi.

Dengan semakin ramai yang memuji dan mahu mencontohi dirinya, bagi Cik Bunga, Nora tanpa mungkin boleh diangkat sebagaui salah seorang ikon Ramadan dalam kalangan selebriti Malaysia tahun ini. Betul tak?

Apa pun, semoga perjalanan hijrah Nora ini terus berpanjangan dan dia dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Teruskan usaha yang baik okey Nora!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN