Populariti, kecerdikan biarlah seiring - Utusan Malaysia

Populariti, kecerdikan biarlah seiring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGAK kasar tetapi melihatkan apa yang berlaku di media sosial saban hari, ada benarnya terma popular di barat, don’t make stupid people famous. Bukan merujuk kepada sesiapa tetapi senang cakap, siapa makan cili, pedas dia yang rasa.

Kita sering dimomokkan dengan populariti itu akan membawa kekayaan. Juga ada benarnya tetapi apa yang berat untuk dipikul adalah tanggungjawab mendidik dan memberi pengaruh baik kepada masyarakat.

Itu yang ‘gagal’ dipikul selebriti, pempengaruh yang kini segelintirnya dilihat lebih mengutamakan jumlah tontonan dan komen berbanding penyebaran moral dan contoh baik di media sosial.

Poklip sangatlah terkejut dan geram dengan tingkah beberapa selebriti media sosial yang seolah tanpa ‘akal’ berkongsi video mengundang kontroversi. Kalau dah berpelukan lelaki bersama lelaki, itu bukan mengundang ke?

Belum lagi kita bahaskan tentang sekumpulan pempengaruh yang ‘menipu’ bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi jiran kita, Indonesia juga. Bukan kaleng-kaleng skala penipuan mereka! Sampai melibatkan pihak berkuasa.

Poklip sendiri tidak faham, mengapa ‘mereka’ ini masih mendunia walaupun video-video yang dikongsi tidak mempunyai sebab dan motif. Semua demi meraih tontonan dari kalangan remaja dan anak-anak kecil.

Adakah generasi muda kita memang mudah terpengaruh dengan kandungan media sosial yang hanya ‘dicipta’ semata-mata untuk mewujudkan imaginasi bahawa hidup ini indah-indah dan tiada tujuan langsung?

Tidak hairan, pencipta kandungan media sosial adalah antara karier utama yang dipilih generasi muda yang kemaruk dengan populariti, perhatian dan jumlah tontonan. Sebegitu sekali impak kandungan media sosial.

Poklip perasan juga, pempengaruh yang ‘berangan’ ini, bila dapat perhatian mulalah hendak jadi penyanyi atau pelakon yang hujungnya hanya seperti lalat yang hinggap. Sekejap sahaja teruja.

Selepas itu, mulah tunjuk belang. Berpakaian tak sesuai jantina, beri pengaruh yang tidak elok atas alasan ‘jadi diri sendiri’. Kelakar kan? Kalau mahu jadi diri sendiri, bukan imej itu yang seharusnya ditonjolkan.

Tak perlu pun Poklip sebut nama sesiapa, baca sahaja sudah tahu siapa gerangannya. Mereka ini memang popular tetapi itulah, ramai juga yang sakit mata melihat.

Maka untuk adik-adik sekalian, jadilah manusia yang memberi impak positif dan pengaruh baik untuk generasi kemudian. Usah jadikan beberapa selebriti media sosial yang ‘dangkal’ sebagai idola.

Usahlah berharap kepada populariti semata tanpa memikirkan beban tanggungjawab baik kelak. Lihat kejayaan yang ditempa beberapa influencer seperti Khairul Aming, Ryan Bakery dan Sofyank.

Ada sahaja pempengaruh yang berjaya di pentas seni. Sharifah Rose, Hariz Hamdan, Nabil Aqil serta ramai lagi antara nama-nama yang dahulunya popular di media sosial dan akhirnya berusaha mempertaruhkan bakat di medan seni.

Tetapi kalau ada yang rasa tak boleh menyanyi, usahlah yakin diri keluarkan single. Janganlah cemarkan industri seni muzik dengan suara yang hujung-hujung buat sakit telinga. Ke laut dalam perginya dik!

Poklip cuma mengharapkan kelestarian dalam dunia media sosial dan seni. Keduanya berkait rapat dan penting dalam membentuk sosio-budaya, pemikiran dan gaya hidup generasi akan datang.

Jadi artis, biarlah berakal. Sekurangnya tahu mana baik dan buruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya