Pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali dalam hidupnya, pelakon dan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie, 38, bagaimanapun dilihat tidak serik untuk berkenalan dan menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki yang terkait dengannya setakat ini.
Menjadi bahan bualan ramai gara-gara keterbukaannya dalam berkongsi setiap perkara yang terjadi dalam hidupnya, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju, seakan tidak kisah andai ada pihak mencemuh sikapnya itu yang terlalu ghairah membuat perkongsian termasuk dengan menjual kisah peribadi kepada umum.
Namun, apabila kerap kali berkongsi mengenai teman lelaki sama ada rakan baik atau jejaka istimewa di sisi, Zarina tidak terlepas daripada menjadi bahan mulut orang yang tidak senang dengan kelakuannya di media sosial.
Malah, disebabkan sering keluar dengan rakan lelaki, timbul juga dakwaan kononnya Zarina kini hanya keluar dan ‘bercinta’ dengan lelaki kaya sahaja lantaran enggan terjerumus ke kehidupan lama yang menyaksikannya berpengalaman menyara lelaki ‘biawak hidup’.
Bertemu mata dengan Zarina baru-baru ini, Pancaindera mendapatkan penjelasan pelakon ini sama ada benarkah kini dia lebih memilih lelaki kaya sebagai pasangan hidup?
J: Sering tayang keluar dengan lelaki kaya, perkara itu sehingga jadi bahan bualan ramai di media sosial. Adakah Anju rimas?
A: Sebenarnya, inilah perkara paling ‘menjijikkan’ bila ramai tahu saya keluar dengan lelaki kaya. Siap ada yang mesej saya supaya tak payahlah dengan lelaki begitu. Itu sebabnya sekarang ini, bila ada kekasih baharu, saya sudah tak kongsikan siapa dia di media sosial. Maaflah, saya dah serik. Memang jujurnya saya hanya keluar dengan lelaki berduit sahaja sekarang ini. Dulu, aku dah penat tanggung ‘biawak hidup’.
J: Ada yang kata, sekarang baru Anju hendak dekati lelaki kaya disebabkan sekarang sudah ‘pasang badan’. Komen?
A: Apa salahnya? Saya pun layak apa hendak ‘demand’. Saya sudah ada segala-galanya, saya sudah berada di tahap bolehlah hendak demand.
J: Anju serik mahu berkahwin lagi?
A: Sebenarnya, serik juga hendak berkahwin. Sekarang ini, bila orang kata saya pula hanya pilih atau mahu kahwin dengan lelaki kaya sahaja. Saya hendak tanyalah, perempuan mana yang tidak mahu lelaki kaya? Jangan menipulah! Kalau ada yang kata tidak hendak, itu sebab tiada lelaki kaya yang mahu pada dia. Perempuan mana yang tak suka duit? Jadi, tidak payahlah mahu cakap ‘oh Anju hendak lelaki berduit sahaja’. Hakikatnya, saya ada duit dan saya pun mahu lelaki yang berduit.
J: Kenapa agaknya lelaki berduit menjadi pilihan Anju?
A: Sebab, lelaki kaya ini tahu menilai, faham tak? Mereka tahu yang kecantikan wanita itu semua perlukan duit. Untuk tampil cantik, perlukan duit. Orang yang mengata saya begitu, mereka jadikan lelaki miskin sebagai pasangan hidup, itu dia punya pasal. Pergilah cari kebahagiaan dengan lelaki miskin pilihan awak itu. Saya tak mahu sebab sudah serik. Saya tak suka bila orang cakap saya hanya cari lelaki berduit.
J: Marah betul Anju ya bila cakap pasal perkara iniPernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali dalam hidupnya, pelakon dan selebriti sensasi, Zarina Anjoulie, 38, bagaimanapun dilihat tidak serik untuk berkenalan dan menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki yang terkait dengannya setakat ini.
Menjadi bahan bualan ramai gara-gara keterbukaannya dalam berkongsi setiap perkara yang terjadi dalam hidupnya, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju, seakan tidak kisah andai ada pihak mencemuh sikapnya itu yang terlalu ghairah membuat perkongsian termasuk dengan menjual kisah peribadi kepada umum.
Namun, apabila kerap kali berkongsi mengenai teman lelaki sama ada rakan baik atau jejaka istimewa di sisi, Zarina tidak terlepas daripada menjadi bahan mulut orang yang tidak senang dengan kelakuannya di media sosial.
Malah, disebabkan sering keluar dengan rakan lelaki, timbul juga dakwaan kononnya Zarina kini hanya keluar dan ‘bercinta’ dengan lelaki kaya sahaja lantaran enggan terjerumus ke kehidupan lama yang menyaksikannya berpengalaman menyara lelaki ‘biawak hidup’.
Bertemu mata dengan Zarina baru-baru ini, Pancaindera mendapatkan penjelasan pelakon ini sama ada benarkah kini dia lebih memilih lelaki kaya sebagai pasangan hidup?
J: Sering tayang keluar dengan lelaki kaya, perkara itu sehingga jadi bahan bualan ramai di media sosial. Adakah Anju rimas?
A: Sebenarnya, inilah perkara paling ‘menjijikkan’ bila ramai tahu saya keluar dengan lelaki kaya. Siap ada yang mesej saya supaya tak payahlah dengan lelaki begitu. Itu sebabnya sekarang ini, bila ada kekasih baharu, saya sudah tak kongsikan siapa dia di media sosial. Maaflah, saya dah serik. Memang jujurnya saya hanya keluar dengan lelaki berduit sahaja sekarang ini. Dulu, aku dah penat tanggung ‘biawak hidup’.
J: Ada yang kata, sekarang baru Anju hendak dekati lelaki kaya disebabkan sekarang sudah ‘pasang badan’. Komen?
A: Apa salahnya? Saya pun layak apa hendak ‘demand’. Saya sudah ada segala-galanya, saya sudah berada di tahap bolehlah hendak demand.
J: Anju serik mahu berkahwin lagi?
A: Sebenarnya, serik juga hendak berkahwin. Sekarang ini, bila orang kata saya pula hanya pilih atau mahu kahwin dengan lelaki kaya sahaja. Saya hendak tanyalah, perempuan mana yang tidak mahu lelaki kaya? Jangan menipulah! Kalau ada yang kata tidak hendak, itu sebab tiada lelaki kaya yang mahu pada dia. Perempuan mana yang tak suka duit? Jadi, tidak payahlah mahu cakap ‘oh Anju hendak lelaki berduit sahaja’. Hakikatnya, saya ada duit dan saya pun mahu lelaki yang berduit.
J: Kenapa agaknya lelaki berduit menjadi pilihan Anju?
A: Sebab, lelaki kaya ini tahu menilai, faham tak? Mereka tahu yang kecantikan wanita itu semua perlukan duit. Untuk tampil cantik, perlukan duit. Orang yang mengata saya begitu, mereka jadikan lelaki miskin sebagai pasangan hidup, itu dia punya pasal. Pergilah cari kebahagiaan dengan lelaki miskin pilihan awak itu. Saya tak mahu sebab sudah serik. Saya tak suka bila orang cakap saya hanya cari lelaki berduit.
J: Marah betul Anju ya bila cakap pasal perkara ini. Adakah Anju sudah tak boleh terima dengan pandangan lazim yang mengatakan, kalau kahwin, lebih manis berusah senang bersama-sama?
A: Cuba fikir ya, lelaki selalu cakap macam itu. Mahukan perempuan yang sanggup bersusah senang bersama mereka. Tetapi, kebanyakan yang saya jumpa atau dengar, lelaki ini bila sudah senang, perempuan yang bersusah-susah dengan dia itu ditinggalkan. Saya sudah lalui pun perkara itu. Sebab itu, saya sudah serik. Saya cuma keluar dengan lelaki berduit sahaja sebab kecantikan saya semua ini pun guna duit. Awak mahu perempuan cantik, tetapi sendiri pun tiada duit, awak tengah bual apa ini?
J: Jadi, Anju percaya yang wanita juga sebenarnya boleh buat pilihan pasangan bagaimana yang dimahukan, begitu?
A: Kita wanita pun boleh buat pilihan. Kalau saya hendak lelaki kaya, kenapa itu dianggap masalah? Tetapi kalau lelaki mahukan perempuan lawa, mereka dilihat boleh punya pilihan? Saya tidak faham itu. Banyak lelaki zaman sekarang pemalas, hendak kerja pun malas, sebab itu banyak ‘biawak hidup’. Lepas itu cuba doktrinkan dalam minda kita golongan wanita ini supaya susah senang bersama-sama, apa itu? Saya semasa susah, tidak ada siapa tolong. Jadi, kenapa bila lelaki itu susah, saya yang kena tolong?
J: Setuju jika ada yang kata perempuan yang mahukan lelaki berduit atau kaya ini kerana mereka sebenarnya kaki kikis?
A: Hello, kita bukan kaki kikis ya! Saya tahu ramai lelaki marah kalau saya cakap pasal benda ini. Tetapi saya tidak kisah sebab berapa ramai lelaki yang pernah saya tolong sebelum ini. Dalam 10 lelaki, entah-entah cuma dua orang saja daripada mereka yang betul susah senang dengan kita. Selebihnya, ada wanita lain di belakang. Kenapa bila wanita hendak hidup dengan lelaki berduit, kita dituduh kaki kikis pula? Hentikanlah persepsi begini. Kaum wanita, usahlah diperbodoh-bodohkan lagi oleh kaum lelaki.
. Adakah Anju sudah tak boleh terima dengan pandangan lazim yang mengatakan, kalau kahwin, lebih manis berusah senang bersama-sama?