Pantang betul Cik Bunga dengar nama seorang selebriti lelaki ini. Bukan apa, sejak hidup senang, beristeri baharu, bongkaknya lain macam.
Cik Bunga tak katalah sepenuh hatinya itu sudah sarat dengan perasaan bongkak, ada juga sisi baiknya cuma mungkin keegoannya dan kealpaannya itu telah menutupi segala sifat baik yang pernah ditonjolkan sebelum ini.
Kalau diikutkan, ramai sahaja kalangan warganet yang sudah naik meluat dengan kerenah selebriti lelaki ini yang kerjanya asyik nak saman orang sahaja bila sesuatu hal atau kontroversi terpalit pada dirinya.
Walhal, kesilapan diri sendirinya juga ada. Namun tak pernahkah hendak bermuhasabah diri atau refleks diri sendiri. Yang dia tahu, kalau ditegur orang, nescaya orang itulah salah, orang itulah negatif dan harus disaman.
Tolonglah, kalau sekali dua kelalaian awak itu ditegur orang, itu bukan bermaksud orang mahu menjatuhkan awak. Itu maknanya orang ramai masih sayangkan awak dan mahu awak berubah perbaiki kesilapan.
Cukup marah dia kalau digelar ‘penunggang’. Tak kisahlah tunggang agama atau apa yang Cik Bunga maksudkan di sini.
Tetapi hakikatnya, si selebriti ini memang seakan tiada dah manusia yang boleh menegur perbuatan salahnya. Betapa egonya dia, betul-betul merasakan dirinya paling di atas.
Orang begini, tunggu sahaja suatu hari Tuhan yang ‘tegur’. Mungkin ditarik kekayaan atau popularitinya, atau mungkin Tuhan membalas dengan cara lain supaya dia sedar bahawa semua atas dunia ini adalah sekadar satu pinjaman.