Ada masalah disiplin, bukan dipulaukan di stesen tv - Utusan Malaysia

Ada masalah disiplin, bukan dipulaukan di stesen tv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) sudah pun tamat minggu lalu. Tetapi siapa sangka, rupanya ada juga kisah mengenai peserta yang masih menjadi bualan ramai sehingga sekarang.

Nak dijadikan cerita, sebelum ini, pihak media ada mengeluarkan kenyataan atau kisah penyanyi, Zehra Zambri yang mendakwa dirinya pernah dipulaukan oleh rakan-rakan sekerja ketika bertugas di sebuah stesen televisyen tempatan.

Cerita itu sudah lama tetapi Zehra kongsikan sebagai satu kenangan yang tidak mampu dilupakannya kerana baginya, apa yang dilalui ketika itu, menyuntik trauma buat dirinya.

Cik Bunga pun ada baca,malah tersentuh juga hati kerana tak sangka dia pernah lalui perkara memeritkan ketika bergelar seorang personaliti tv.

Tetapi, selepas artikel-artikel itu disiarkan, ada sumber beritahu pada Cik Bunga bahawa apa yang didakwa oleh Zehra itu tidak semuanya benar.

Kata sumber, ketika Zehra berada dalam bidang penyiaran, dia ada masalah disiplin selain dia sendiri yang suka memencilkan diri.

Tak cuma itu, kononnya Zehra juga ada buat ‘perangai’ yang apabila Cik Bunga dengar itu, Cik Bunga rasa tak sampai hati nak tulis sebab bimbang ia boleh mencemar namanya sebagai seorang selebriti.

Cuma Cik Bunga faham, sumber memberitahu hal ini kepada Cik Bunga kerana tak mahu Zehra terus menceritakan hal yang tidak benar dengan menjual drama air mata. Pendek kata, Zehra pasti tahu apa yang telah dia sendiri lakukan, apa kesilapannya sendiri.

Cik Bunga pun terkedu juga. Iyalah,bukan mahu memihak kepada mana-mana, tetapi hal ini mungkin berlaku kerana ia tidak diselesaikan secara baik sebelum ini.

Kita pun nak kata lebih-lebih, kita tiada di tempat mereka. Makanya, cuma boleh pinjamkan telinga sahajalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN