Produksi kumpul pelakon bermasalah dalam Squid Game 2? - Utusan Malaysia

Produksi kumpul pelakon bermasalah dalam Squid Game 2?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMUANYA bermula dengan hantaran lucah poster filem porno parodi drama popular, Squid Game yang dimuat naik pelakon, Park Sung Hoon yang menggegarkan industri hiburan. Mana tidaknya, tindakan itu mencacatkan rekod cemerlang Squid Game musim kedua (SG2) yang menduduki tangga pertama siri paling banyak ditonton di 83 negara.

Tindakan Park sangat menghampakan peminat, kerana karakternya dalam naskhah tersebut dianggap paling menonjol serta meraih pujian penggiat seni dan penonton.

Bermula daripada itu, timbul teori yang mendakwa produksi siri itu seperti sengaja mengumpulkan pelakon lelaki bermasalah Korea Selatan untuk projek itu.

Walaupun tiada siapa yang berani memberi kesahihan berkenaan itu, namun berikut ialah senarai pelakon Squid Game musim kedua yang pernah terlibat dalam skandal dan kontroversi di Korea Selatan.

Lee Jung-jae

Lee membawakan karakter utama iaitu pemain 456 dalam SG2. Lee pernah terlibat dalam kes DUI atau memandu dalam keadaan mabuk di Korea Selatan pada 1999. Ketika itu kereta BWM yang dipandunya telah menghentam kenderaan lain. Kes yang sama berulang kembali pada 2022 menyebabkan lesen memandu digantung beberapa kali.

Selain itu, Lee didakwa terlibat melakukan serangan berasingan sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki dan perempuan. Ketika kes itu dilaporkan, Lee berusia antara 25 hingga 30 tahun.

Lee Byung-hun

Karakter ‘frontman’ atau pemain 001 ini pernah berdepan dengan isu membabitkan kes saman oleh bekas teman wanitanya, Kwon Mi-yeon pada 2009.
Menurut Kwon, Lee telah menjeratnya, konon mahu berkahwin sehingga menyebabkannya melakukan hubungan seksual. Tambahnya, Lee juga melakukan serangan emosi dan fizikal selain seorang penjudi kronik.

Satu lagi kes besar membabitkan Lee ialah apabila seorang pengacara, Kang Byung-kyu menyerbu set penggambaran Lee selepas muncul khabar angin konon mendakwa pengacara itu terlibat dengan kes Lee dan Kwon.

T.O.P

Sebenarnya ketika mengetahui T.O.P terlibat dalam pembikinan SG2, sudah ada ‘bunyi’ mempertikaikan pemilihan penyanyi itu. Mana tidaknya kes ahli kumpulan Big Bang itu agak kontroversi apabila membabitkan kes dadah Marijuana semasa latihan ketenteraan pada 2017. T.O.P dipenjara selama dua tahun kerana kes itu.

Menariknya, karakter Thanos iaitu pemain 230 juga menggambarkan keadaan seorang penagih.

Lee Jin-wook

Pelakon ini juga pernah berhadapan isu gangguan seksual pada 2016. Lee dikatakan telah melakukan jinayah itu terhadap kawannya sendiri yang berusia 33 tahun. Lee dikatakan memasang birai di rumah wanita itu pada waktu malam.

Wanita tersebut mendakwa Lee telah merogolnya selepas minum bersama. Mahkamah bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menganggap ia persetujuan bersama kerana wanita itu menawarkannya untuk mandi dan memberikannya baju ganti untuk dipakai.

Song Young-chang

Sebenarnya selain T.O.P, kehadiran Song dalam siri ini turut mengundang perdebatan. Mana tidaknya, Song pernah terlibat dengan kontroversi membayar pelacur bawah umur pada 2000. Song dikatakan membeli servis RM455 kepada pelacur berumur 16 tahun dan melakukan aktiviti haram itu di dalam kereta miliknya.

Song ditelah dipenjara selama 10 bulan dengan dua bulan pemantauan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya