Maaf, saya tak terdesak cari suami - Elly Ariffin - Utusan Malaysia

Maaf, saya tak terdesak cari suami – Elly Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMPIR lima tahun pengacara dan pelakon, Elly Ariffin kembali hidup sendiri. Memegang status janda, dia tidak mahu setiap tingkah laku disalah erti lantas mewujudkan persepsi buruk terhadapnya.

Namun ada beberapa dakwaan mengatakan beberapa golongan VIP cuba mendekati. Malah ada yang cuba menjadikan wanita berusia 36 tahun ini sebagai isteri kedua? Mahu kah Elly?

Tidakkah dia sunyi hidup sendiri? Atau mungkinkah dia sebenarnya sudah ‘diikat’ dengan janji cinta? Elly, Jawablah!

J: Lima tahun hidup menjanda. Sunyi?

E: Kalau kata tidak sunyi, hidup saya meriah itu tipulah. Ada rasa sunyi tetapi tidak sesunyi ketika awal perceraian dahulu. Dua tahun pertama, memang saya rasa sunyi. Tidak biasa hidup sendiri. Sebelum ini berteman kan>

Tetapi saya rasa, semakin usia meningkat, kesunyian itu bertukar baju dengan kegembiraan. Betullah orang kata, masa itu mengubati kesedihan kita. Kena pandai cari jalan keluar.

J: Apa yang membuatkan Elly rasa hidup itu terisi? Rasanya Elly masih solo kan? Jadi di mana Elly cari kegembiraan hidup itu walaupun mungkin bersendiri?

E: Mungkin saya sudah reda dengan ketentuan Illahi. Kita mahu perkahwinan kekal selamanya, tetapi jika sudah tertulis sampai di situ sahaja jadi saya kena terima dengan hati yang ikhlas.

Saya rasa sekarang, saya lebih banyak bersyukur. Ada keluarga, kawan-kawan yang sangat memahami. Dan juga, empat ekor kucing saya. Jadi hidup rasa terisi dengan kehadiran mereka.

Sebenarnya, okay sahaja jadi single ini. Tidaklah rasa loser, tak berguna dan tertekan. Maybe ada orang cakap, umur dah dekat 40 tahun, macam mana nak mengandung apa semua? Itu kan kerja Tuhan.

J: Bila sudah lama hidup sendiri, takkan tiada yang cuba mendekati? Dengar cerita, ramai golongan VIP juga cuba mengurat, mahu jadikan isteri kedua. Betul ke?

E: Mana dengar khabar angin ‘kus kus’ ini! Tidak benar sama sekali. Memang saya ramai berkawan, tetapi untuk menggoda atau digoda itu tidak ada. Kita berkawan atas urusan kerja semata-mata.

Tidak pernah pula ada yang cuba mendekati ajak lepak, teman bercuti. Tidak sama sekali. Saya pun tak nak. Saya sedar, dengan status saya, akan hadir pelbagai spekulasi yang tidak baik jika saya tak pandai jaga diri.

Mulalah orang tuduh saya ini goda sana, goda sini. Tidak, saya tidak akan buat perkara yang memalukan nama baik keluarga. Hello, walaupun saya janda, saya tak terdesak. Saya gembira sendiri.

J: Kalau ada yang serius dan mahu jadikan Elly isteri kedua macam mana?

E: Saya akan cuba elak dengan sebaiknya Takutlah soalan macam ini. Saya bukan nak cakap diri alim atau apa, cuma kalau boleh saya tidak mahu menghancurkan rumah tangga orang lain.

Bila kita wujudkan kesakitan, kesedihan dalam hati orang lain, semua itu ada timbal balasnya. Tetapi jika sudah tertulis oleh Tuhan, saya kena terima. Cuma taknaklah, minta jauh!

J: Sukarkah Elly membuka hati menerima kehadiran orang baharu?

E: Ya, sangat sukar. Tidak mengapa jika ada yang cakap saya ini sombong, memilih sebab saya tahu yang hidup berdua nanti adalah diri sendiri. Bukan orang lain. Pengalaman lalu tidak kisah baik atau buruk, mengajar saya.

Allah sudah beri peluang kedua, saya tidak mahu persiakan dengan memilih yang bukan-bukan. Kita perempuan kenalah ada kriteria, takkan nak ‘sauk’ mana-mana lelaki di luar sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya