“Kenapa, saya tak boleh berlakon filem bajetkah?” - Utusan Malaysia

“Kenapa, saya tak boleh berlakon filem bajetkah?”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMA kita tidak melihat Presiden Seniman, Zed Zaidi beraksi di layar perak mahupun kaca. Adakah kesibukkannya menggalas tanggungjawab mengemudi persatuan snei membuatkan dia tidak ada masa untuk berlakon?

Atau apakah dia sebenarnya ‘takut’ berdepan kecaman? Mana tidaknya, baru satu trailer filem keluar, sudah berbakul-bakul kecaman diterima. Semuanya gara-gara kualiti filem Bukan Hantu Bashe-Bashe tular di media sosial.

Ramai menganggap filem itu ‘sampah’ walaupun hanya menonton trailer sahaja. Malah, ada yang mengatakan filem itu tidak layak ditayangkan di pawagam. Lantas mengaitkan sekali nama Zed yang juga salah seorang pelakon.

Jawablah mendapatkan aktor berusia 45 tahun ini. Betul ke dia papan serangan kata nista warganet? Zed, Jawablah!

J: Baru-baru ini tular trailer filem, Bukan Hantu Bashe-Bashe. Ramai yang mengecam dan mengatakan filem itu sebagai sampah. Sebagai pelakon apa komen abang?

Z: Itulah, saya pun pelik. Belum datang sudah dihujani kecaman warganet. Itu memang filem bajet, kosnya tidak tinggi. Janganlah harap kualiti sama seperti filem dengan kos jutaan ringgit.

Lagipun, saya seorang pelakon. Kerja saya melunaskan watak mengikut apa yang dimahukan pengarah. Soal promosi, suntingan saya tidak boleh campur tangan. Itu urusan produser dan pengarah.

J: Tapi selain filem itu, ramai juga yang ‘sakit hati, sakit mata’ tengok abang berlakon dalam filem itu? Macam mereka ada masalah peribadi pula.

Z: Mahu buat macam mana, itulah ‘sayangnya’ mereka terhadap saya. Apa sahaja drama, filem yang saya berlakon, mesti ada yang sakit mata menonton. Kenapa saya tak boleh berlakon ke?

Saya seorang aktor, jadi kerja saya berlakon. Jangan campur adukkan tugas sebagai Presiden Seniman dan lakonan. Saya juga perlu turun padang. Dari situ, baru boleh tahu apa masalah industri perfileman kita.

J: Ada juga yang pelik, kenapa abang sanggup terima tawaran itu? Sudah kemaruk nak berlakon ke? Tiada tawaran lain?

Z: Aduh, dalam soalan itu! Sebenarnya, saya ada banyak lagi filem dan drama yang belum ditayangkan. Tak sangka pula filem itu yang keluar dulu. Lagipun saya bukan pelakon utama pun.

Saya pun tak tahu apa isunya. Salah ke berlakon filem bajet? Filem mesti kena kos jutaan ringgit baru digelar bagus? Habis yang mahu bertatih buat filem, siapa nak sokong mereka? Kena faham itu.

J: Abang macam sudah ‘kenyang’ telan kecaman ya. Lali sudah?

Z: Memang bunyi klise, tetapi itulah asam garam kehidupan sebagai anak seni. Saya berterima kasih sahajalah kepada mereka. Sekurangnya, nama saya masih diingati dan diminati.

Walaupun ada yang kecam, saya percaya masih ada yang akan sentiasa doakan serta sokong kerjaya seni saya. Saya kena terima, itulah hakikat sebenar. Tak boleh nak yang manis-manis sahaja.

J: Bagi abang, adakah kontroversi seperti itu membantu filem Bukan Hantu Bashe-Bashe dari segi kutipan kelak?

Z: Kontroversi sama ada baik atau buruk memang beri impak. Jadi pihak produksi kena pandai guna peluang dan ajak masyarakat tonton filem itu. Sokonglah filem tempatan kita. Jangan mudah menghukum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya