Hidup miskin, merempat sebelum terkenal - Utusan Malaysia

Hidup miskin, merempat sebelum terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN semua pelakon Hollywood yang dilahirkan dalam keluarga senang dan hidup selesa sejak azali.

Ramai nama-nama besar yang kehidupan mereka sebelum ini diuji dengan kemiskinan serta tidak memiliki tempat berteduh.

Namun selepas mengecap populariti dan sekelip mata bergelar jutawan, pelakon-pelakon ini mampu menjalani hidup selesa dan keluar dari belenggu papa kedana.

Berikut empat pelakon terkenal yang pernah miskin dan menjadi gelandangan.

JIM CAREY

Pelawak terkenal ini dibesarkan dalam kehidupan miskin dan serba kekurangan.

Bapanya hilang pekerjaan ketika usia pelakon ini mencecah 12 tahun. Disebabkan itu, seluruh keluarganya terpaksa tinggal dalam sebuah bas mini untuk beberapa bulan.

Gara-gara kesempitan hidup, Carey juga terpaksa bekerja ketika usia kanak-kanaknya.

Antara pekerjaan yang pernah dilakukannya adalah menjadi tukang pembersihan dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebelah malam.

SYLVESTER STALLONE

Pelakon ini juga pernah hidup susah sebelum bergelar aktor popular.

Malah, Stallone pernah tidur di hentian bas dan terpaksa menjual anjing peliharaannya bernama Butkus demi membeli makanan.

“Dulu badan saya kurus, selalu mengikat perut dan tinggal tinggal di kawasan kotor berdekatan hentian bas,” kongsinya dalam satu wawancara bersama media tempatan.

DANIEL CRAIG

Demi mengejar cita-cita menjadi pelakon, Craig berpindah dari Liverpool ke London pada usia 16 tahun.

Beliau ketika itu terdesak untuk menjadi pelakon dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan impian itu tercapai.

Namun, pelakon James Bond ini berdepan kesukaran hidup dengan ketiadaan wang dan terpaksa tidur di kaki lima sekitar London.

Kerja keras dan motivasi menyelamatkan beliau dari kemiskinan dan menjadikan Craig aktor berpengaruh abad ini.

HALLE BERRY

Bekas ratu cantik Amerika Syarikat ini juga menjalani hidup sukar sebelum menjadi terkenal.

Seperti Craig, Berry juga terpaksa meninggalkan kampung halaman di Chicago dan berpindah ke New York demi menjadi pelakon.

Namun sebelum berjaya, beliau melalui fasa sukar, pernah berbulan-bulan tinggal di pusat gelandangan tanpa punca pendapatan.

Lebih menyedihkan apabila cita-cita Berry menjadi pelakon tidak mendapat sokongan orang tuanya.

“Ibu saya menolak ketika saya meminta sedikit wang untuk kelangsungan hidup ketika itu.

“Disebabkan itu, saya tidak bercakap dengannya untuk beberapa tahun lamanya.

“Saya kecewa dengan sikapnya ketika itu namun saya bersyukur layanan itu yang membuatkan saya berjaya hari ini,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya