Rahsia besar di dalam buku - Utusan Malaysia

Rahsia besar di dalam buku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jika ada yang perasan, tahun 2024 menyaksikan ramai kalangan selebriti terkenal di Barat yang berkesempatan menghasilkan buku biografi khusus buat peminat masing-masing.

Malah, ada antaranya mampu meraih hasil keuntungan yang sangat besar.

Ya, dengan hanya menjual cerita peribadi, ada antara tulisan atau luahan yang dibukukan itu majoritinya didakwa tidak pernah diceritakan, atau disiarkan di mana-mana platform media sebelum itu.

Makna kata, ia benar-benar bersifat eksklusif dan hanya mereka yang membeli buku biografi tersebut yang tahu apa isi kandungan dengan sebahagian besarnya membungkus banyak rahsia besar mereka di dalam sebuah buku.

Berikut adalah lima selebriti popular yang mendedahkan kisah rahsia besar mereka di dalam catatan biografi masing-masing sekali gus memberi kejutan buat pembacanya.

JoJo

Menerusi buku memoir berjudul Over the Influence, JoJo berkongsi tentang pengalamannya menjadi bahan seksual semasa remaja dalam industri muzik. JoJo mendedahkan, dia pernah menjadi mangsa serangan seksual oleh seorang penerbit suatu ketika dahulu.

“Saya pernah beberapa kali diajukan tawaran tidak senonoh oleh orang yang bekerja dengan saya. Walaupun saya suka mengetahui bahawa saya diingini, saya tidak mahu perkara itu melangkaui batas,” tulisnya.

Selain itu, JoJo juga mengimbas kembali kejadian ketika dia mabuk sehingga tidak sedarkan diri di sebuah parti ambang tahun baharu bersama penyanyi Katy Perry. Kata JoJo, ketika itu, dia terjaga dalam keadaan bogel dan bersendirian di bilik mandi hotel.

Whoopi Goldberg

Dalam buku biografi berjudul Bits and Pieces: My Mother, My Brother, and Me, Whoopi Goldberg menulis tentang pengalamannya dengan kecanduan dadah pada tahun 80-an.

Awalnya, dia berpendapat, dirinya mampu mengendalikan pengambilan bahan terlarang berupa kokain itu memandangkan sebelum itu telah memiliki pengalaman.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, tulis Whoopi, dia mengakui dirinya seakan ‘jatuh ke dalam lubang yang dalam’ gara-gara kokain dan menjadi seorang pecandu.

Dia menulis bahawa momen yang menyedarkan dirinya adalah ketika dia secara tidak sengaja menakuti seorang petugas kebersihan, yang menemukannya terbaring di lantai sebuah hotel dengan kokain di seluruh wajahnya.

Cher

Dalam buku berjudul, Cher: Part One, penyanyi bertaraf legenda ini mengungkapkan tentang fikirannya untuk membunuh diri setelah melalui episod perkahwinan yang memuramkan bersama Sonny Bono.

Menurut Cher, dia berasa seakan terjebak dalam ‘pernikahan tanpa cinta’ dan kerana itu pernah mempertimbangkan untuk mengakhiri hidupnya.

“Saya melangkah tanpa alas kaki ke balkoni suite kami dan menatap ke bawah. Fikiran saya celaru kerana kesepian. Saya melihat betapa mudahnya melangkah melewati tepi balkonu itu dan menghilang begitu saja,” tulisnya.

Selain itu, tambah Cher, dia pernah berada di titik tersebut sekitar lima atau enam kali tetapi setiap kali, dia akan teringat pada wajah anak, keluarganya dan peminat.

Penyanyi ini bimbang ‘orang-orang yang mengidolakannya’ mungkin menganggap bunuh diri sebagai satu solusi terbaik dan dia tidak menginginkan itu berlaku.

Bethany Joy Lenz

Menerusi buku berjudul Dinner For Vampires, Bethany Joy Lenz mendedahkan tentang penderaan emosi dan verbal yang dialami yang dilakukan oleh mantan suami dan keluarganya.

“Bapa mentua saya telah mendorong ketiga-tiga puteranya sejak kecil untuk melemoiaskan kemarahan mereka terhadap perempuan pada dinding dan perabot rumah yang menyaksikan dia sendiri memberi contoh tidak baik itu.

“Katanya, kemarahan itu harus dilempiaskan di depan wanita, jika perlu. Ketika kejadian, bapa mentua saya seakan memberi arahan sambil berkata ‘perbuatan’ itu supaya dia (wanita) dapat melihat betapa bersemangatnya kamu dan betapa terkawalnya kamu untuk tidak menyakiti pasangan meskipun dia membuatmu sangat marah,”katanya.

Selain itu, Bethany juga mendedahkan bagaimana dia berusaha untuk menjadikan pernikahannya berhasil, bahkan sehingga bertemu pakar terapi.

Rebel

Menerusi buku biografi, Rebel Rising, aktres, Rebel Wilson menceritakan perilaku tidak senonoh Sacha Baron Cohen di lokasi penggambaran termasuk isu gangguan seksual.

Ketika menjalani penggambaran filem The Brothers Grimsby, Rebel mendakwa Sacha memintanya untuk berlakon dalam keadaan berbogel sedangkan dia telah memaklumkan tidak melakukan adegan seperti itu.

“ Produksi SBC memanggil saya dan mengatakan saya perlu buat adegan tambahan. Tetapi dia telah membuka seluarnya sambil menyuruh saya melakukan aksi ghairah kepadanya.

“Tentulah saya berasa takut dan terus keluar daripada tempat itu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya