Banyak pahala Betty Rahmat - Utusan Malaysia

Banyak pahala Betty Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Terus-terang, suka betul Cik Bunga tengok adik kepada pengarah dan penerbit terkemuka, Erma Fatima iaitu Betty Rahmat ini.

Sejak dia mengenakan hijab beberapa tahun lalu dan mengekalkan imej muslimah, Betty di mata Cik Bunga sangat manis dan menyejukkan hati. Pendek kata, banyak perubahan baik yang dilakukan Betty turut dipuji ramai, bukan sahaja Cik Bunga.

Betty juga sejak beberapa tahun ini sering berinisiatif menganjurkan sesi taddabur Al-Quran dan sesi perkongsian kerohanian dengan menjemput ustazah-ustazah terkemuka ke kediamannya.

Buka cuma untuk diri sendiri, tetapi Betty juga selalu mengajak rakan-rakan selebriti lain sertai bersama sekali gus merapatkan lagi ukhuwah sesama mereka. Sebab itu, Cik Bunga cakap sangat suka dengan cara Betty.

Dalam dia nak perbaiki kelemahan diri, tak dia lupakan juga rakan-rakan lain untuk turut serta meraih ganjaran pahala bersama. Macam baru-baru ini, Cik Bunga nampak dia ada buat sesi yang sama di rumahnya.

Ada Nora Danish, Syatilla Melvin,Amira Othman, Uqasha Senrose, Raisya Rizrose, Nelydia, Nadiah Shahab, Malia, eh ramai lagilah yang hadir. Memang tak muat kalau nak jemput semua, Cik Bunga faham.

Tetapi Betty ada juga inisiatif dengan membuat sesi live di Tik Tok semasa program di rumahnya itu berlangsung. Sekali gus, perkongsian agama yang mereka raih, turut didengari oleh pengguna media sosial yang lain. Insya-Allah, makin banyaklah pahala buat Betty.

Tahniah Betty kerana selalu ada semangat dan inisiatif untuk anjurkan program-program yang bermanfaat untuk rakan artis wanita. Kalau ada masa, Cik Bunga pun teringin juga nak sertai, mahu tambah ilmu juga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya