Bila Cik Bunga sebut sebuah drama remaja, rasanya mungkin pembaca boleh agak, drama mana yang Cik Bunga maksudkan. Tetapi, pembaca kena teka, pelakon yang mana satu Cik Bunga kaitkan di sini.
Nak dijadikan cerita, Cik Bunga terserempak dengan seorang kawan lama yang pernah satu kelas dengan pelakon lelaki ini ketika mereka sama-sama berada di menara gading suatu.
Sedang berbual mengenai isu-isu dalam industri, terkeluarlah cerita mengenai aktor berkulit sawo matang ini. Kata bekas rakan sekelasnya ini, dia pelik dengan lagak aktor berkenaan mentang-mentang diri sudah popular.
Katanya, kalau depan media, depan semua semua peminat dan orang ramai, bukan main tunjuk diri hebat. Bercakap pun tak nak kalah, bak si bijak pandai.
“Walhal, kami yang satu ‘batch’ dengan dia masa di kolej dahulu, tahulah dia macam mana orangnya. Tugasan pun malas buat, dia bukannya terlalu bijak sebagaimana yang orang sangka.
“Jadi meluat pula bila dia konon-konon tunjukkan pada orang yang dia budak bijak. Satu lagi, kalau di kolej, semua yang berada di asrama lelaki tahu, sisi jeliknya. Nak tahu tak, dia ada tabiat mandi bertelanjang. Selamba tayang anu walaupun tahu ada orang lain ruang mandi di asrama.
“Bukan tak ada yang tegur masa itu, tetapi dia sejenis degil,”cerita si polan ini dengan Cik Bunga.
Apalagi, terkejutlah Cik Bunga mendengarnya. Kalau tengok pada paras rupa, memang tak akan sangka dia begitu. Tak tunggu lama, Cik Bunga tanyalah pada si polan, adakah dia terjebak dengan gejala LGBT?
Kata si polan, setahu dia, macam tidak. Tetapi tak tahulah kalau sejak dah masuk dalam industri seni ini kecenderungannya sudah berbeza. Alamak, tak naklah menuduh pula bukan.
Harapnya, kalau betul pun si pelakon ini ada perangai tak senonoh dulu, sekarang dia dah berubahlah. Kita faham sahaja, mungkin dulu tak matang.