Peluang terbuka lepas tujuh kali gagal casting - Utusan Malaysia

Peluang terbuka lepas tujuh kali gagal casting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETELAH lebih tujuh kali gagal uji bakat lakonan dan empat kali tidak berjaya menembusi program pencarian bakat Hero Remaja, pelakon, Ammar Aqashah, lega apabila bakatnya mula dilihat produksi telefilem Budak Pendamping. 

Melakukan sesi uji bakat menerusi rakaman video, anak tungga asal Pahang ini bersyukur menerima peluang pertama sebagai ‘langkah kanan’ ke dunia lakon layar negara. 

Ammar yang juga merupakan graduan Fakulti Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) sudah lama menyimpan hasrat untuk melebarkan sayap dari pentas teater ke hadapan skrin. 

“Perubahan daripada pelakon teater di depan skrin ada perbezaannya terutama daripada ekspresi wajah. 

“Jika berlakon teater, ia memerlukan reaksi yang besar terutamanya dalam babak nangis. Kena ada ketar sedikit. 

“Tetapi dalam lakonan televisyen, tidak perlu ekspresi yang besar. Pengarah ada tegur saya mengenai itu juga,” katanya kepada Pancaindera. 

Tidak mempunyai pengikut  seramai pelakon lain, Ammar bagaimanapun beharap lakonannya dalam Budak Pendamping akan memberi ruang untuknya lebih dikenali. 

“Saya teruja kerana memang impian saya berada dalam industri seni ini. Saya tunjukkan yang terbaik. 

“Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa Ammar ini sebab tidak mengenali saya. “Tapi semoga lebih ramai yang sedar keberadaan saya dan menjadi batu loncatan untuk saya,” katanya. 

PENGALAMAN MISTIK

Bercerita mengenai watak hantu yang dibawanya menerusi Budak Pendamping, Ammar mengakui berasa tidak sedap badan selepas menjayakan babak ditanam dalam kubur. 

“Semasa adegan itu dijalankan, saya tidak rasa apa apa yang pelik.

“Tapi kemudian saya duduk dalam kereta. Ada seorang kawan berikan minyak kasturi kepada saya. Bila pakai sahaja, jantung saya berdegup laju dan rasa aneh.

“Mungkin ‘benda’ itu ada di sana. Tapi tidak ganggu,” tambahnya. 

Menurut jejaka 22 tahun ini, peristiwa itu tidak boleh menandingi pengalamannya berlakon dengan hantu semasa pementasan teater bertajuk Natrah. 

“Ia merupakan pementasan projek tahun akhir. Saya berlakon sebagai suami kepada Natrah. 

“Ketika berlakon, saya nampak mata pasangan pelakon saya tiba tiba bertukar biru. Sedangkan dia tidak pakai kanta pelekap. 

“Rupanya waktu itu, dia sudah dirasuk. Sepanjang pementasan itu saya berlakon dengan hantu. Insiden itu adalah yang paling seram sehingga kini,” ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya