Ikmal Amry berhabis RM10,000 untuk ‘game’ - Utusan Malaysia

Ikmal Amry berhabis RM10,000 untuk ‘game’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebelum ini, Santai Selebriti banyak mengetengahkan hobi ‘outdoor’ yang menjadi pilihan kebanyakan penggiat seni tanah air.

Kali ini, pelakon kacak, Ikmal Amry tampil berkongsi hobinya yang suka bermain game. Uniknya mengenai hobi ini individu yang meminatinya tidak perlu bersusah payah untuk keluar berinteraksi dengan orang sekeliling sebaliknya hanya berkomunikasi melalui panggilan telefon ataupun video call sahaja.

Menurut pemilik nama lengkap Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 30, dia tidak merasakan hobinya itu satu aktiviti yang sia-sia memandangkan tiada beza dengan hobi yang lain.

“Hobi saya ialah saya suka bermain game. Semua jenis game saya suka main sama ada secara ‘mobile’ atau ‘console game’. Saya pernah berhabis beribu-ribu ringgit sampai kena marah dengan isteri.

“Saya rasa hobi ini mahal sama seperti orang yang sukakan motor. Bagi saya, walaupun main game itu macam sia-sia tapi saya suka melabur untuk hobi saya itu.

“Saya suka main game daripada kecil. Saya suka main game FIFA daripada dulu. Dia keluar 1994, saya main game itu sahaja daripada tahun 2000 sampai sekarang,” katanya kepada Pancaindera.

Ditanya mengenai angka keseluruhan yang pernah dilaburkan kepada hobinya itu, pelakon drama From Saga With Love itu memberitahu dia sudah berhabis sebanyak RM10 ribu dalam setahun.

“Angka keseluruhan itu dalam RM10 ribu dalam setahun. Kalau game mobile dalam RM1,000. Memang macam membazir. Tapi saya rasa itu satu kepuasan sebab saya tidak kumpul kereta atau motor,” katanya.

Mengakui perkara itu adalah kurang sihat bagi pandangan sesetengah pihak, Ikmal turut menegaskan pentingnya membahagikan waktu dengan baik untuk bermain game dan bersosial dengan orang sekeliling.

“Saya setuju kalau orang kata main game ini tidak sihat. Tapi bergantung kepada cara pembahagian masa itu. Kalau main game 24 jam tapi tak berinteraksi dengan orang sampai tak makan dan minum itu memang tidak sihat.

“Pada saya, kita kena perlu bahagi masa untuk main game dan waktu untuk bersosial,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon lelaki itu turut mengakui dia juga ada kumpulan dan rakan rapat yang berkongsi hobi yang sama.

Katanya, hobi tersebut juga memberi peluang kepadanya untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan serta membincangkan pelbagai perkara dalam satu masa.

“Saya ada kawan-kawan yang bermain game juga. Setiap kali nak main game saya akan hubungi mereka. Tapi, sambil main game itu kita berborak tentang kehidupan dan sebagainya. Ada pernah sekali itu, kami berborak tentang kiamat pun ada,” selorohnya.

Menyedari usianya semakin meningkat, bapa kepada dua orang cahaya mata itu mengakui dia sudah mula mencuba ceburi hobi baharu iaitu berjoging dan berlari.

Menurut Ikmal, dia juga mempunyai komuniti yang bernama, Challo yang turut disertai rakan seperjuangannya seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Ben Ali dan ramai lagi.

Ikmal bagaimanapun menganggap bermain game adalah hobi utamanya dan termahal dalam hidupnya.

“Selain main game, saya juga suka berjoging. Saya sudah buat itu pun ketika umur saya 20 tahun. Apabila Challo Run ditubuhkan saya sertai sebab saya suka.

“Kalau ada acara larian lain saya akan berlari juga. Benda ini benda yang sihat dan semua orang boleh buat. Saya juga melabur banyak untuk larian itu terutamanya untuk kasut, baju, jam kita berbelanja juga. Apa saja hobi memang akan keluarkan duit.

“Tapi antara game dan joging, game paling banyak saya berbelanja. Selepas berkahwin, saya sudah kurang main game. Saya sudah lebih pandai seimbangkannya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya