Dah bersuami baharu, bukan main sindir orang - Utusan Malaysia

Dah bersuami baharu, bukan main sindir orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Biasalah, orang kita ini, asal muka nampak baik, pertuturan kedengaran sopan dan lembut, hadir pula dengan pakej bertudung litup persis wanita muslimah, terus individu itu dicop wanita lindungan Kaabah.

Maksudnya, baik dan mulialah begitu. Tak salah pun, mana yang bagus kita puji. Tetapi di sebalik perwatakan baik itu, ada juga sisi tak baiknya. Sudah nama pun manusia biasa bukan.

Nak dijadikan cerita, rakan industri hiburan Cik Bunga datang mengadu mengenai perangai seorang selebriti media sosial ini. Dulu pernah berkahwin dan kematian suami. Sekarang dah berkahwin baharu, Alhamdulillah tahniahlah.

Cumanya, dalam seronok dah dapat suami baharu itu, kata kawan Cik Bunga ini, perangai selebriti itu seakan dah berubah sikit. Tak ada nampak merendah diri sangat macam dulu. Kalau di media sosial pun nampak semakin ligat kini.

Kemudian, ada suatu hari, si wanita itu pun mesej rakan Cik Bunga ini. Ingatkan nak tanya khabarlah. Rupanya nak minta tolong promosikan produk jualannya. Rakan Cik Bunga ini pula bukan tak nak bantu, tetapi terkesan dengan cara si selebriti itu yang seakan menyuruh-nyuruh.

Bahasanya pula tak manis macam biasa. Amboi, nak minta tolong tetapi macam nak mengarah-arah bagi Cik Bunga memang tak manislah perangai begini. Tak bolehkah susun ayat baik-baik?

Pula itu, bila rakan kita balas mesej berkenaan dengan meminta maaf tak dapat nak bantu, si selebriti tersebut terus keluarkan ayat berbaur sindiran. Wah, ‘cantiknya’ perangai.

Lantas, semakin berkecil hatilah rakan Cik Bunga ini dengan kelakuan selebriti tersebut. Terus hilang rasa hormat dan simpati pada dirinya yang sebelum ini kematian suami. Kalau Cik Bunga pun akan lantakkan sahaja dia di tepi. Tak perlu bantu manusia begini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya