Rajin Shima buat live TikTok - Utusan Malaysia

Rajin Shima buat live TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tak dinafikan, sehingga ke hari ini masih terngiang-ngiang ‘kata-kata’ penyanyi senior, Shima, kepada Cik Bunga ketika kita melayangkan pertanyaan mengenai punca kenapa dia kembali tidak bertudung.

Mesej murni yang dilayangkan Cik Bunga berbalas dengan jawapan dalam nada berbaur amarah oleh penyanyi ini, menyebabkan Cik Bunga pun faham, dia sudah tidak kuasa nak jelaskan pada semua orang kenapa pilihan itu dilakukannya.

Tak mengapa, Cik Bunga pun tidak berkecil hati. Kita pun faham, di usia menuju senja, kadang-kadang emosi tidak sependapat dengan fikiran rasional.

Namun,ketika Cik Bunga sedang ralit tengok video-video lucu di TikTok, ternampak pula Shima sedang bersiaran langsung. Kita pun buka dan tontonlah. Eh! Ramai juga yang berkumpul di situ.

Tidak sangka juga Shima selepas dah ‘free hair’ ini rajin buat siaran langsung di TikTok. Rajin dia menyanyi dan melayan pelbagai soalan peminat di situ. Cik Bunga puji jugalah usaha Shima itu.

Iyalah, daripada tidak buat apa-apa, dengan cara itu dia bolehlah menghiburkan peminat dan pengikut yang mahu mengikuti perkembangannya sambil mendengar dendangan pelbagai lagu daripadanya.

Usaha yang baik, kita puji. Tak begitu? Kalau ada acara-acara hiburan yang boleh selit kemunculan Shima untuk menyanyi, Cik Bunga rasa bolehlah ambil dia sebagai penyanyi undangan.

Dia pun nampaknya masih boleh menyanyi lagi. Secara tak langsung, bolehlah Shima buat pendapatan sampingan bukan. Apa yang kita boleh bantu artis-artis lama ini, kita bantu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya