Terus-terang, Cik Bunga ini tak pandai nak mereka cerita. Maka, apabila ada yang menyampaikan informasi mengenai seorang selebriti ini yang memiliki seorang cahaya mata tak sah taraf, agak lama juga Cik Bunga nak hadam.
Makna kata, tak adalah Cik Bunga bulat-bulat nak terima sepantas kilat. Kita cuba juga periksa, kalau-kalau informasi yang diterima orang terbabit juga salah atau mungkin tersilap bukan?
Iyalah, bab macam ini, tak boleh hendak main tuduh. Macam tak ada pedoman hidup pula.
Tetapi, apabila Cik Bunga cuba kira balik usia anak selebriti yang baharu lahir itu, macam betul juga yang budak itu berada dalam kategori tak sah taraf.
Kebetulan, bila menyorot balik tarikh perkahwinan selebriti tersebut, dia pun seakan bernikah dalam keadaan tergesa-gesa. Tak ada buat jemputan ramai pun, tertutup sahaja.
Mungkin, mungkin juga kebetulan. Kita pun tak mahu main tuduh. Cuma, kalau betul anaknya itu tak sah taraf, pandai lah dia simpan rahsia. Tak pecah lubang.
Kalau betul juga dia miliki anak tak sah taraf, makna kata dia pun tak ada bezalah teruknya dengan bekas isteri lamanya. Dulu bukan main burukkan bekas isteri, kata ada selingkuhanlah, apalah.
Hujung-hujung awak pun asa sisi gelap juga. Cuma lambat atau cepat sahaja orang dapat hidu.