Mengapa kematian Liam Payne hangat diperkatakan? - Utusan Malaysia

Mengapa kematian Liam Payne hangat diperkatakan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Peminat kumpulan terkenal One Direction sedih dan terkejut menerima khabar kematian salah seorang anggota kumpulan itu, Liam Payne yang disahkan meninggal dunia kerana terjatuh daripada tinggal tiga di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina pada Khamis. 

Khabar duka itu dengan cepat menjadi tular dan menjadi topik hangat yang dibicarakan berhari-hari oleh pengguna media sosial. Buat anda yang tidak mengenali siapakan Liam dan mengapa kematiannya menjadi isu besar, berikut kami ceritakan butiran mengenai siapakah jejaka itu dan teori yang berlegar mengenai pemergiannya. 

Sebuah band terkenal asal Amerika Syarikat, One Direction mula dibentuk pada 2010 dengan lima orang ahli iaitu Payne, Harry Styles, Louis Tomlinson, Niall Horan dan Zayn Malik untuk bertanding di program pencarian bakat The X Factor musim ke tujuh.

 Pada ketika itu mereka semua masih sangat muda kira-kira berusia 14 tahun semasa mendapat pujian juri terkenal, Simon Cowell. Selepas tamat program mereka kemudian dengan sekejap meraih perhatian umum apabila album pertama mereka, Up All Night laris pada 2011.

Namun begitu, sejak 2016, kumpulan itu mula goyah dan Malik mengumukan keluar daripada band tersebut. One Direction kemudian mengumumkan album kelima dan terakhir mereka, Made in the A.M sebelum masing-masing berpecah.

Dalam sebuah wawancara, Payne pernah mengatakan Tomlinson adalah sahabat karibnya selepas band itu berpecah dan mereka saling membenci semasa berada dalam band yang sama.

Sebelum kematian, Liam sempat memuat naik beberapa video di media sosial mengatakan berada di Argentina untuk menghadiri konsert kawannya, Niall Horan. Dia juga kelihatan normal tanpa menunjukkan sebarang reaksi mencurigakan. 

Saksi bagaimanapun mengatakan Liam mula menunjukkan perangai aneh di lobi hotel sehingga mula menghentak dan memecahkan komputer riba membuatnya terpaka diiringi memasuki bilik.

Pelbagai spekulasi timbul sehingga ada yang mengaitkan hantaran yang dibuat Liam sebenarnya rakaman beberapa hari sebelum kejadian. Malah ada juga dakwaan lain mengatakan penyanyi itu mungkin berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Namun begitu, spekulasi yang paling kuat dan hangat dibincangkan ialah kemungkinan bahawa Liam menghadapi masalah kesihatan mental memetik kata-katanya dalam satu wawancara menjelaskan dia selalu berpura-pura gembira untuk melindungi perasaan yang sebenar.

Tambahan pula, minggu lalu Liam menjadi mangsa buli siber apabila ada pihak yang mendakwa dia menjadi punca perpecahan kumpulan One Direction. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya