Kisah duit raya dan bedak asas Fazura - Utusan Malaysia

Kisah duit raya dan bedak asas Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rasanya, memang seakan tidak pernah habis cerita mengenai isu perceraian pasangan popular, Nur Fazura dan Fattah Amin.

Ramai betul berminat menggali dan mencari tahu mengenai kisah mereka berdua meskipun sudah termaktub bahawa rumah tangga mereka kini sudah menemui titik noktahnya.

Apa yang Cik Bunga perhatikan, sehingga ke hari ini, ramai betul yang hangat memperkatakan mengenai kisah duit raya yang diceritakan Fazura semasa dia ditemui pihak media di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Isnin lalu.

Bukan ramai yang berdebat mengenai perkara itu sehingga ada juga kalangan warganet yang tak segan-segan memberitahu sama ada mereka team Fattah atau Fazura. Lucu juga ya.

Paling kelakar, sampai ada yang berdebat mengenai kewajipan memberi duit raya kepada isteri. Tidak cuma itu, ada juga yang parodikan perkara itu di media sosial. Macam-macam hal.

Satu lagi perkara yang mencuri perhatian ialah penggunaan bedak asas di wajah Fazura ketika hari dia berada di mahkamah tempoh hari.

Saat Fazura tidak mampu menahan air mata, tak sangka pula ramai yang mula bertanya mengenai kualiti bedak asas yang digunakannya.

Bukan apa, sebagai seorang wanita dan selebriti yang sentiasa menjaga penampilan dan teknologi bedak asas juga ada yang berkonsepkan ‘anti badai’, tempoh hari solekan pelakon tersebut seakan tidak cukup mampan sehingga nampak kesan air jaluran air mata di pipinya.

Perkara itu menimbulkan rasa hairan di kalangan peminat dan pengikutnya kerana Fazura sentiasa menjaga ketrampilan. Namun tempoh hari, ia seakan disengajakan.

Bukan Cik Bunga kata ya, ini ada antara yang kita terdengar dan terbaca. Warganet ini kadangkala aneh juga, sampaikan bedak asas pun jadi perhatian dan bahan bualan.

Tetapi itulah, sudah namanya orang popular, segala benda akan menjadi perhatian ramai bukan? Nak buat macam mana, sudah nasib badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN