Idol bukan Korea tulen - Utusan Malaysia

Idol bukan Korea tulen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KITA tidak boleh menidakkan bahawa kebanyakan artis K-Pop berkongsi persamaan daripada segi penampilan dan rupa paras.

Keadaan ini membuatkan ada antara kita yang beranggapan semua artis K-Pop berbangsa Korea tulen kerana persamaan rupa paras mereka.

Namun tahukah anda, ramai juga dalam kalangan penyanyi dan pelakon Korea sebenarnya juga berdarah kacukan dan tidak dilahirkan di Korea Selatan. Berikut empat artis K-Pop berdarah kacukan.

ENNIK SOMI DOUMA

Keunikan rupa paras penyanyi ini sudah cukup menjelaskan dia bukan orang Korea tulen. Ennik Somi Douma adalah artis K-Pop berdarah kacukan Korea dan Jerman.

Ennik dilahirkan di Kanada. Disebabkan ibunya merindukan kampung halaman di Korea Selatan, mereka sekeluarga memutuskan untuk berpindah ke Seoul pada tahun 2001.

Bapanya, yang merupakan orang Jerman yang tinggal di Kanada, pernah menetap di Korea Selatan untuk belajar Taekwondo.

Pada usia empat tahun, Ennik dan bapanya pernah muncul di saluran televisyen nasional Korea Selatan atas usaha mereka membersihkan salji di kejiranan kawasan kediaman mereka.

Ennik ketika zaman remajanya pernah teruk dibuli hanya kerana berdarah kacukan. Keadaan itu membuatkan dia menghitamkan rambutnya dengan harapan dapat berkawan dengan pelajar lain.

HANSOL VERNON CHWE

Penyanyi rap, komposer dan penulis lirik berdarah kacukan Korea dan Amerika ini merupakan anggota kumpulan Seventeen yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Hansol di lahirkan di New York, Amerika Syarikat. Ibunya berdarah Inggeris sementara ayahnya pula berasal dari Korea.

Hansol dan keluarganya berpindah ke Korea Selatan ketika usianya mencecah lima tahun.

Dia memutuskan untuk tidak meneruskan pembelajaran di sekolah menengah Changcheon, hanya mengikuti pembelajaran dari rumah bagi memberi tumpuan kepada kerjaya seninya selepas ditawarkan untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan bakat terkemuka, Pledis.

NANCY JEWEL MCDONIE

Penyanyi, pelakon dan pengacara ini merupakan bekas anggota kumpulan wanita, Momoland.

Nancy berdarah kacukan Inggeris, di mana bapanya, Richard Jowel McDonie, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai anggota tentera Amerika Syarikat.

Richard mengahwini ibu Nancy, Lee Myeong-ju ketika beliau dipindahkan ke Korea Selatan sekitar awal 90-an.

Nancy dan keluarganya berpindah ke kampung halaman bapanya di Columbus, Amerika Syarikat. Dia membesar dan mengikuti pembelajaran di sekolah di sana.

Pernah disoal mengenai latar belakang darah kacukannya, Nancy memaklumkan sedari kecil telah diberi penjelasan mengenai perkara itu okeh ibu bapanya.

“Ibu bapa selalu mengingatkan bahawa saya berdarah kacukan dan perlu gembira mengenainya,” katanya.

SAMUEL ARREDONDO KIM

Samuel merupakan penyanyi berasal Amerika yang mencipta nama di Korea Selatan. Dia pernah menyertai duo hip hop terkenal 1Punch.

Penyanyi berusia 22 tahun ini dilahirkan di Los Angeles dengan bapanya berasal dari Mexico manakala ibunya pula dari Korea Selatan.

Bapanya, José Arredondo pada Julai 2019 ditemukan mati di kediamannya Cabo San Lucas, Mexicodengan kesan tikaman di bahagian tubuh.

Siasatan polis membawa kepada penahanan suspek yang merupakan sahabat dan kenalan mendiang sejak 20 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya