Bukan sekadar pengawal peribadi - Utusan Malaysia

Bukan sekadar pengawal peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARTIS berdepan risiko keselamatan disebabkan populariti mereka. Kerana itu ramai selebriti yang memerlukan khidmat pengawal peribadi untuk melindungi mereka.

Semakin popular seseorang artis itu, semakin ramailah pengawal peribadi mereka. Contoh seperti idola K-Pop, yang ke mana mereka pergi, pasti ditemani pengawal peribadi yang menjaga keselamatan mereka.

Sebilangan besar artis K-Pop menganggap pengawal peribadi ibarat keluarga mereka sendiri. Bagi mereka, pengawal peribadi harus dilayan seperti adik beradik, ayah, mahupun sahabat mereka sendiri.

Berikut lima artis Korea Selatan yang akrab dengan pengawal peribadi mereka.

IU

Pengawal peribadi IU, Mr. Park memulakan tugasnya sejak lebih enam tahun lalu.

Bagi IU, Mr. Park bukan sekadar pengawal peribadi, malah ibarat keluarga yang sentiasa memberikan perlindungan kepada penyanyi tersebut.

Keserasian dan hubungan baik antara mereka membuatkan IU kekal menggunakan khidmat Mr. Park sehingga kini.

Bukan sahaja tahu melakukan tugasnya, Mr. Park juga pandai berjenaka dan sering menceriakan aktres kesayangan ramai itu.

V (BTS)

Hubungan V dengan pengawal peribadi ibarat isi dengan kuku.

Malah, V atau nama penuhnya, Kim Taehyung sering dilihat memegang tangan pengawal peribadinya ketika berada di tempat awam.

Pada masa yang sama, V juga terlalu rapat dengan pengurus merangkap pengawal peribadinya, Sejin yang sentiasa mengiringi kumpulan BTS ke mana sahaja mereka pergi.

MINZY

Bekas ahli kumpulan 2NE1 ini juga merupakan antara artis Korea Selatan yang cukup akrab dengan pengawal peribadinya, Kim Tae Soo.

Malah, Tae Soo turut menerima tempias populariti Minzy apabila ramai peminat penyanyi itu juga mengikuti beliau di media sosial.

Telatah Minzy dan pengawal peribadinya itu yang sering meniru gaya masing-masing dan mengambil gambar, mencuri perhatian warganet.

KANG DANIEL

Ahli kumpulan Wanna One ini antara artis K-Pop yang melayan baik dan rapat dengan pengawal peribadinya.

Malah, hubungan mereka terlalu baik, sehinggakan ada satu ketika, Kang Daniel bergurau senda dengan seakan-akan menyuap gula-gula ke mulut pengawal peribadinya.

BIGBANG

Kumpulan ini bertuah kerana memiliki pengawal peribadi, Choi Jae Ho, yang setia menjaga keselamatan setiap ahli Big Bang bertahun lamanya.

Jae Ho bukan sekadar menjaga keselamatan, malah memberi sokongan moral buat semua ahli Bigbang yang padanya ibarat keluarga sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya