Aina Abdul dan ‘pemujaan’ - Utusan Malaysia

Aina Abdul dan ‘pemujaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKLIP ‘seriau’ juga hendak menulis tentang Aina Abdul. Bukan apa, ada segelintir peminatnya pantang jika artis mereka diusik. Seolah tak boleh ditegur langsung. Tak baik berperangai begitu.

Kisahnya, ada kawan seindustri meminta Poklip memberi komen berhubung video muzik baharu Aina, Kamu.

Sudah macam juri pula kita, diminta memberi komen. Yelah, masing-masing ada pendapat kan.

Khabarnya ada yang kurang senang dengan video muzik tersebut. Ada bunyi-bunyi mendakwa seperti wujud unsur pemujaan.

Aina seolah berdiri dikerumuni sekelompok manusia dengan gaya tarian yang mencurigakan. Tidaklah Poklip mahu terus menghukum, mestilah kena tonton dulu kan.

Pengamatan Poklip mudah, tidak nampak macam ada unsur pemujaan dan ‘ajaran sesat’ seperti yang digembar gemburkan.

Lagipun tarian yang dikatakan seperti memuja itu hanyalah gerakan tangan ke kiri kanan yang sering kita lihat ketika menghadiri konsert.

Poklip tidak tahu niat sebenar Aina menerusi babak tersebut tetapi tidaklah sampai pemujaan.

Mungkin dengan elemen berpakaian hitam, nyalaan api yang membuatkan ramai yang tersalah sangka.

Rasanya Aina juga cukup bijak untuk tidak mengundang pelbagai isu sensitiviti terutama melibatkan agama.

Cukuplah sebelum ini dia pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi dan teguran gara-gara kononnya berpakaian dengan gaya keterlaluan.

Jadi, dia sudah belajar dan maklum dengan ‘penjurian’ netizen.

Biasalah Aina, tatkala meniti perjalanan ke puncak kejayaan, pastinya banyak liku yang harus ditempuhi. Banyak juga hati dan mata yang iri. Jangan mudah melenting pula, terutama kepada peminatnya.

Raikan kejayaan dan kelestarian industri seni negara. Seronok Poklip tengok rakan-rakan artis saling menyokong antara satu sama lain.

Cuma itulah, wujud lagi kelompok yang suka memecah belah.

Kadang-kadang Poklip pun tertanya sendiri, yang sibuk mendengki, memecah belah, bergaduh sana sini, kalian tak ada kerja lain kah? Bosan sangat dengan kehidupan sendiri kah? Kasihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya