Saya memang memilih - Ummi Nazeera - Utusan Malaysia

Saya memang memilih – Ummi Nazeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENAR, setiap pelakon punya cara sendiri mengendali karier dan memastikan setiap keputusan itu berbaloi. Begitu juga dengan aktres hebat, Ummi Nazeera. Dia juga punya cara sendiri.

Kebarangkalian untuk dia terus aktif sepanjang tahun itu boleh dikatakan sangat kecil. Dia lebih senang untuk hadir memeriahkan industri seni mungkin enam bulan, dan selebihnya dia memilih untuk ‘diam’.

Baginya, ada keseimbangan dalam kerjaya seni yang harus dilakukan. Apatah lagi, ‘pinggan’ nya kini sudah penuh dengan keluarga, suami, anak dan perniagaan yang harus diuruskan.

Namun tidakkah dia risau jika ada produser yang kurang senang dengan caranya? Bagaimana dia mahu kekal relevan jika tampilnya selepas berhibernasi? Apatah lagi, dia juga dengar khabarnya memilih pelakon bersama.

Jawablah mendapatkan pemenang trofi pelakon wanita terbaik ini. Ummi, Jawablah!

J: Ummi memang lebih senang untuk aktif dalam beberapa bulan dan selepas itu berehat serta menguruskan kehidupan peribadi?

U: Ya, itu memang cara saya dari dulu. Mungkin di awal penglibatan, saya pulun semua. Hendak bina nama dan teruja untuk berlakon. Tetapi selepas berkahwin dan mempunyai anak, saya harus letak keutamaan.

J: Tidakkah Ummi risau persepsi penerbit atau pengarah? Ada yang tanya, boleh ke kekal relevan kalau begini caranya?

U: Saya rasa ramai penerbit dan pengarah sudah tahu cara saya bekerja. Mestilah ada perbincangan antara dua pihak sebelum memulakan penggambaran. Mereka pun tahu dia hendak tawarkan saya berlakon.

Soal relevan, inilah sebab saya benar-benar memilih naskhah. Saya tahu, setiap naskhah punya jiwa sendiri dan saya sebagai pelakon harus memastikan watak serta karya itu benar-benar dapat memberi impak.

Saya rasa ramai pelakon sekarang sudah bijak dalam merencana kerjaya seni mereka. Faham skrip, jalan cerita dan kehendak watak. Kalau saya rasa tak kena, saya tolak dengan cara baik sahaja.

J: Ummi juga memilih pelakon bersama? Adakah kontroversi melibatkan seseorang pelakon itu juga antara kriteria yang harus dilihat sebelum Ummi menerima tawaran?

U: Ya, saya memang memilih pelakon bersama. Tetapi kalau hendak kata soal kontroversi apa semua, tidak adillah kan. Saya memilih untuk memudahkan kerjasama. Saya ada prinsip sendiri dalam berlakon kan.

Sebab itu untuk tidak mengguriskan hati sesiapa, saya harus memilih. Bukan sebab ada cerita sensasi ke apa semua. Sebab itu, kebanyakkan hero saya berlakon adalah sama. Sebab kami tahu cara kami berlakon.

J: Bagaimana pula cara Ummi mengendali situasi di set penggambaran? Adakala sensasi itu datang tanpa diundang? Batas dalam pergaulan.

U: Saya ini orangnya memang suka berkongsi. Adakala bila pelakon baharu lekaki atau perempuan datang bertanya, saya senang untuk bercerita dan berkongsi pengalaman yang ada.

Tetapi setakt di set penggambaran yang ada ramai mata dan saksi. Saya tidak pernah bawa ‘watak’ itu ke luar set. Saya okay sahaja berkawan tetapi, perlu ada batasan memandangkan saya juga ada hati yang perlu dijaga.

Saya bukan seorang yang ambil tahu dan suka cari pasal dengan orang. Saya mahu yang terbaik untuk semua orang. Setiap kita punya jalan hidup sendiri, saya bukan orang yang boleh menghakimi.

J: Suami pula bagaimana? Dia okey dengan cara Ummi bekerja? Nampaknya dia juga semakin kelakar di media sosial.

U: Itulah, saya juga terkejut sebab dia bukan orang yang melakukan sesuatu untuk glamor atau perhatian. Itu memang natural. Dia rekod, edit sendiri video-video tersebut. Saya okay sahaja.

Dia pun okey sahaja untuk saya berlakon. Jadi saya perlu ingatkan diri dan bersyukur dengan kesenangan hati yang diberi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya