Nina Kho pernah sebaris pelakon papan atas - Utusan Malaysia

Nina Kho pernah sebaris pelakon papan atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETELAH bertahun-tahun menjadi tenaga pengajar kepada peserta Ratu Cantik Malaysia, Nina Kho mula berasa lesu dan hidup yang serba serbi berulang. Pada 2017 dia mula memberanikan diri terjun ke dalam bidang lakonan dengan berjinak-jinak terlibat dalam iklan komersial.

Kelebihan mempunyai kemahiran aksi seni bela diri seperti Muay Thai, Kickboxing dan Body Combat melayakkan Nina atau nama sebenarnya Nina Kho Siew Cheng lolos semasa sesi ujibakat sebuah filem daripada produksi Hong Kong bertajuk Reborn.

Nina tidak menyangka bakal sebaris dengan pelakon antarabangsa seperti Tomohisa Yamashita dan ahli kumpulan Super Junior, Han Geng. Di sana, Nina dilayan seperti orang kenamaan apabila mempunyai lima orang pembantu dan seorang pemandu.

“Dalam semua pelakon yang ada, hanya saya seorang yang masih baru. Saya minta tunjuk ajar mereka, mujurlah semua yang ada di set penggambaran sangat baik. Mereka yakinkan lakonan saya bagus kerana dipilih melalui sesi ujibakat.

“Bahkan mereka turut berkongsi pengalaman mereka seperti Han Geng yang menceritakan hanya mampu makan pau sahaja semasa awal bergelar idol di Korea Selatan.

“Sejak itu saya ulang alik ke China sekiranya terdapat projek lakonan. Malangnya, peluang semakin tertutup sejak Covid-19,” jelasnya yang melakonkan watak antagonis dalam filem itu.

Selepas pulang ke tanah air, Nina gadis asal Sarawak mencari jalan untuk menapak ke dalam industri hiburan yang didominasi pasaran Melayu. Namun begitu, gadis kacukan Cina-Bidayuh ini mengakui sukar kerana bahasa Melayunya belum cukup fasih berbanding hari ini.

“Emak saya mahu sangat saya tembusi pasaran drama Melayu. Filem saya di luar negara dia tak teruja pun tengok, tapi lakonan drama Melayu saya bukan main teruja.

“Saya belajar bertutur bahasa Melayu perlahan-lahan dan mula mendapat tawaran beberapa drama. Kebanyakan watak yang saya lakonkan adalah seorang mualaf.
“Kalau hendak tahu, saya juga pernah membawakan karakter yang memerlukan saya bertutur dalam loghat Kelantan. Tidak sangka saya berjaya,” tambahnya yang baru sahaja ditawarkan memegang watak utama untuk sebuah filem terbitan Astro Show.


Bertudung lebih cantik

Industri selalu mencari lebih ramai penggiat seni bukan Melayu untuk memeriahkan dunia lakon layar. Nina Kho nampaknya terbuka dan selesa membawakan karakter seorang mualaf seperti di dalam drama Satu Hari Nanti. Bahkan sehingga saat ini, dia merasa sangat cantik mengenakan hijab.

“Sejak memegang watak seorang mualaf juga saya sudah mula faham kenapa wanita perlu memakai tudung.

“Saya tidak kisah untuk membawakan watak wanita bertudung kerana saya memang suka. Mak saya pun puji apabila anaknya cantik pakai tudung.

“Sejujurnya saya akui memang susah pakai tudung. Kalau tengok orang lain pakai macam senang sahaja, tapi bila hendak lilit sendiri agak susah.

“”Tapi saya rasa nampak cantik pakai tudung dan nampak suci malah ramai memuji apabila saya muat naik foto berhijab di media sosial,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya