Jadi diri saya tidak mudah - DJ Lin - Utusan Malaysia

Jadi diri saya tidak mudah – DJ Lin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA kontroversi melibatkan dia dan seorang penyampai radio berlaku, ramai yang mula bersangsi hati dengan Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin ini. Seolah-olah dia tidak ada hati perut, berlaku kejam.

Namun berdepan dengan semua kecaman dan makian, dia memilih untuk diam. Tidak ada kenyataan balas yang baginya mungkin boleh menyemarakkan api kebencian dalam kalangan segelintir warganet.

Baginya, kebenaran akan terserlah juga. Setiap yang berlaku, pasti ada hujung ceritanya. Namun bagaimana pula dengan emosi dan mentalnya ketika ini? Bagaimana dia masih tetap berdiri teguh?

Jawablah mendapatkan pemegang tiga trofi Penyampai Radio Paling Popular ini. DJ Lin, jawablah!

Selepas lebih enam bulan kontroversi berlaku, bagaimana keadaan emosi, mental DJ Lin sekarang ini? Rasanya lama kita tidak bersua dan DJ Lin seolah-olah memilih untuk tidak bertemu media. Betul ke?

Tidak sama sekali, komitmen kerja dan tugas harian agak sibuk. Keadaan emosi dan mental saya baik-baik sahaja. Saya jenis tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku. Itu semua bagi saya satu ujian. Saya memang fokus kepada penjenamaan Suria FM, bukan perkara lain. Saya perlu fikir tentang rating, ranking dan pendapatan radio. Tanggungjawab saya besar, tidak mahu buang tenaga ambil pusing kontroversi. Di bawah saya, ada 50 petugas dan mereka semua memberi sokongan dan semangat untuk saya terus berjuang.
Ini adalah satu perjuangan dan persaingan dunia radio sekarang sangat sengit.

Keadaan kesihatan DJ Lin sekarang? Dulu selalu juga kongsi berita keluar masuk hospital. Ada yang sehingga hampir hilang nyawa kan? Kena buatan orang lagi.

Ya, sebelum ini memang saya selalu keluar masuk hospital tetapi tahun ini cipta sejarah selepas lapan tahun berjuang dengan masalah kesihatan, saya dikurniakan kesihatan yang baik dan stabil.
Tetapi saya masih ada ambil ubat untuk rawatan tertentu, cuma saya sangat bersyukur dengan doa dan
sokongan peminat, kakitangan dan keluarga khususnya yang tidak putusputus percaya dengan saya.

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana DJ Lin mengendali kontroversi tersebut? Ketika itu, DJ Lin lebih banyak mendiamkan diri walaupun diserang dengan kecaman, makian yang dahsyat sekali.

Saya kena tangani isu tersebut dengan kematangan dan bukan emosi. Saya tidak boleh runtuhkan kepercayaan yang orang letak di bahu saya. Ramai berharap dan bergantung dengan saya.Saya tidak boleh hampakan mereka, buang masa untuk beri perhatian kepada perkara itu. Komitmen saya sangat besar,
tanggungjawab sendiri pun tidak habis fikir.

Bagaimana anak-anak ketika kontroversi itu berlaku? Adakah mereka juga terganggu?

Ya, saya akui ketika itu ada segelintir yang turut ‘menyerang’ mereka dengan kecaman, makian. Tetapi Alhamdulillah, anak-anak saya kuat dan sentiasa ada untuk ibu mereka. Semangat mereka membanggakan saya.

Bukan mudah kan menjadi seorang DJ Lin kan? Kiri Kanan, depan belakang perlu berhati-hati? Mungkin
ada sahaja yang cuba menjatuhkan, dengki dan tidak berpuas hati?

Ya, saya akui juga, untuk menjadi saya bukan mudah. Tetapi saya bersyukur, Allah kurniakan saya dengan kesabaran yang tinggi. Saya redah, harungi apa sahaja yang datang sebab ujian itu
memanusiakan saya. Saya selalu ingatkan diri sendiri, setiap ujian itu kalau Allah tidak izin, tidak akan berlaku. Mesti ada hikmah setiap yang berlaku. Saya pilih diamkan diri sahaja, yang lalui itu kita, yang sedih suka juga kita

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya