Halau ibu mentua dari rumah? - Utusan Malaysia

Halau ibu mentua dari rumah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERKEJUT juga Cik Bunga apabila ada yang menyampaikan pada Cik Bunga mengenai perangai adik-beradik selebriti terkenal ini. Mahu cerita panjang, perkara ini agak rumit juga. Tetapi, dengarnya, si penyanyi ini rupanya selama berkahwin dengan suami, memang tidak berhubungan baik dengan ibu mentuanya.

Tetapi tidak ramai yang tahu. Mungkin sebab dia pun tidak rajin bercerita mengenai hal rumah tangganya dengan orang ramai. Cuma, ramai tahu dia memang berkepit selalu dengan suami, makna kata, hubungannya dengan suami tidak ada sebarang masalah.

Namun, hubungannya dengan ibu mentua pula rupanya tidak baik. Tak tahu sebab apa, tetapi memang dinginlah sejak dari dulu khabarnya.

Hendak dijadikan cerita, ada sekali itu, penyanyi ini tidak ada di rumah, mungkin sedang sibuk menghadiri undangan dan aktiviti seni. Jadi, yang berada di kediamannya ketika itu adalah ahli keluarga kepada penyanyi tersebut yang juga kalau kita sebut nama, orang memang kenal.

Ibu mentua penyanyi ini datang ke rumah mungkin tanpa pengetahuan artis itu, namun apa yang berlaku,
dia dikatakan dihalau oleh si polan itu keluar dari rumah tersebut. Cik Bunga tidak pasti kenapa dan apa puncanya sampai tergamak si polan itu menghalau orang tua tersebut.

Tetapi kalau apapun kesalahannya, tak patut buat orang tua begitu. Mana adab? Ini biadab
namanya. Dengarnya, artis itu pun tahu mengenai apa yang berlaku, tetapi dia diamkan sahaja. Suaminya? Tahu tetapi tidak berbuat apa-apa.

Cik Bunga tidak faham juga jenis keluarga begini. Paling penting, suami itu tak akanlah tidak didik isteri dan keluarga? Atau sebab kahwin dengan artis maka dia tidak berhak cakap apaapa? Atau takut hilang isteri daripada pentingnya ada ibu?

Cik Bunga pun pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumah tersebut. Jadi, hanya tadah telinga dan dengar sahajalah ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya