Dunia lasak Pablo Amirul - Utusan Malaysia

Dunia lasak Pablo Amirul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebagai salah seorang pelakon yang selalu mempamerkan aksi luar biasa, sudah tentu ada rahsia di sebalik itu.

Untuk kekalkan keterampilan dirinya sebagai seorang pelakon dan pelagak ngeri, Pablo Amirul menjadikan aktiviti lasak sebagai hobi.

Bagi Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd. Sakri, aktiviti lasak seperti berlari, mendaki dan berenang bukan lagi sekadar hobi, tetapi juga satu keperluan penting untuk mengekalkan kecergasan
fizikal yang diperlukan dalam kerjayanya sebagai aktor.

“Sebagai pelakon, untuk kekalkan stamina dan fizikal saya itu sangat penting. Sebab itu, saya memilih untuk lakukan aktiviti fizikal di luar bilik gim seperti di taman permainan, laut dan lain-lain.

“Dengan kehidupan saya yang agak drastik sekarang ini, saya lihat aktiviti sebegini agak senang untuk dilakukan di mana-mana sahaja dan sesiapa pun boleh melakukannya.

“Jadi, ini merupakan pilihan yang paling sesuai untuk mengekalkan kesihatan saya,” katanya.

Selain itu, menurut pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini, dia berharap dengan selalu berkongsi hobinya ini di media sosial dapat memberi inspirasi kepada peminat untuk mereka memilih gaya
hidup yang lebih sihat.

“Saya ada ramai pengikut di media sosial. Jadi, saya harap dengan melakukan sesuatu yang sihat seperti ini dapat memberikan inspirasi kepada mereka.

“Jika ada yang sudi untuk ikut saya ketika buat aktiviti ini, saya lagi suka,” kongsinya lagi.

Sementara itu, pelakon kelahiran Kelantan ini turut menekankan bahawa keselamatan merupakan keutamaannya ketika melakukan hobinya ini.

“Pastikan ukur baju di badan sendiri, sebelum melakukan aktiviti. Alhamdulillah, sepanjang melakukan aktiviti lasak, saya tidak pernah mengalami kecederaan.

“Keselamatan harus menjadi aspek utama. Kita bukan atlet tetapi seorang manusia yang hendak bersenam dan bersukan. Jangan letakkan diri kita sama dengan atlet-atlet itu, salah.

“Kerana atlet ini ada latihan intensif lain, cara yang lain daripada kita orang biasa ini. Jadi, kita lakukan hanya untuk kesihatan,” kongsi pelakon berusia 39 tahun itu.

TIPS AKTIVITI LASAK

Tidak ramai yang mengetahui, disebabkan minatnya yang mendalam dalam melakukan aktiviti lasak, Amirul telah dipilih untuk mengemudi beberapa rancangan sebagai pengacara di dalam program 13 Puncak, Hanya
Di Sini 3 Hari 2 Malam, Lasak, Khazanah Negara dan Bencana Alam.

Dalam pada itu, Pablo juga berkongsi beberapa tip penting bagi mereka yang berminat untuk mencuba aktiviti lasak.

“Jika anda ingin mencuba sesuatu yang lasak, pastikan ada pasangan supaya dapat menaikkan semangat anda.

“Kedua, pastikan anda tahu kapasiti diri sendiri. Jangan terlalu paksa diri untuk terlalu mengejar
sasaran atau kelajuan larian itu kerana tidak bagus untuk perkembangan sebagai hobi.

“Ketiga, jangan terlalu obses untuk menjadi yang terbaik. Buat untuk anda sukai perkara itu dan pastikan anda seronok. Jangan menunjuk-nunjuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya