Adalah juga khabar angin yang sampai ke telinga Cik Bunga. Kononnya, pelakon dan selebriti media sosial cantik ini sebenarnya sedang menaruh harapan dan hatinya kepada seorang aktor kacak tanah air.
Kononnya juga, Daiyan sudah lama jatuh hati pada lelaki tersebut tetapi apabila dia sampaikan hasrat dan curahan perasaannya kepada aktor tersebut, jawapan yang diterimanya adalah menghampakan.
Rupa-rupanya, keakraban dan kemanisan hubungan mereka selama ini cuma dianggap sebagai rakan baik sahaja oleh aktor tersebut. Dalam erti kata lain, kena ‘friend zone’ lah si cantik ini.
Alamak, kalau jadi pada Cik Bunga pun, kita akan rasa sedih dan kecewa. Iyalah, sudah lama menaruh hati, hujung cerita, cinta tidak kesampaian.
Pula itu, kalau dah namanya bekerja satu industri, mahu atau tidak, nanti akan berselisih atau bekerjasama juga.
Ini apa yang Cik Bunga dengarlah. Nama pelakon lelaki itu tidak pula kita tahu. Itulah yang cuba Cik Bunga rungkaikan.
Ada banyak nama aktor dalam senarai Cik Bunga yang mungkin ada potensi sebagai ‘watak utama’ dalam kisah ini. Yang mana satulah agaknya ya.
Kasihan juga Cik Bunga pada Daiyan. Mungkin dia dah pasang hasrat mahu menamatkan zaman bujang, namun belum bertemu jodoh yang tepat.
Sabarlah Daiyan… dugaan orang cantik memang begitu. Mungkin Allah nak kurniakan awak lelaki yang terbaik, maka kena sabar sikit sahaja lagi. Cik Bunga percaya, tak akanlah orang cantik dan sukses macam Daiyan tiada lelaki berani mendekat.
Come on, Daiyan Trisha kot!